Assalamualaikum Dan salam sejahtera.
Hari ini teringin pula nak share resipi ayam goreng dengan hanya menggunakan tepung mix jenama Aroma. Sedap tak sedap mari kita cuba.
Bahan-bahan :
1. Ayam....Ida guna isi ayam (tanpa tulang). Kuantiti tu terpulang banyak mana nak masak.
2. Tepung jenama Aroma.....Actually, nak pakai jenama apa pun boleh, cumanya hari ini Ida nak Cuba keenakan Dan kerangupan tepung Aroma ni.....reviewlah katakan.
3. Air secukupnya.
4. Minyak masak secukupnya.
Cara-caranya:
1. Cuci ayam dan toskan airnya.
2. Setelah itu, gaulkan ayam dengan dengan sedikit tepung Aroma bersama air. Adunan biar Sedikit likat iaitu tepung melekat di isi ayam.
3. Ambil ayam yang sudah disalut tepung seketul seketul dan masukkan kedalam tepung aroma juga tapi yang kering tanpa air. Ramas sehingga keseluruhannya bersalut.
4. Pastikan minyak panas barulah masukkan ayam tadi dan kecilkan api agar tidak kelihatan rentung ayam korang 😄😄.
5. Ok that all...selamat mencuba 😍
0 Comments