Bahan-bahan:
- 1/2 kg ayam - dipotong
- 2 biji kentang - dipotong dadu besar
- 1 kotak santan / 200 ml
- 3 sudu makan serbuk kari - campurkan sedikit air untuk dijadikan pes
- 3 sekawan - kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
- 2 asam keping
- Garam dan ajinomoto
- 1 sudu makan gula melaka (takde dalam gambar)
- 4 sudu makan minyak untuk menumis
Bahan tumbuk:
- 3 biji bawang merah -
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1/2 inci lengkuas
Cara Memasaknya :
1. Panaskan minyak dan terus masukkan 3 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang).
2. Selepas itu masukkan kesemua bahan tumbuk (bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas). Kacau sehingga agak garing dan wangi.
3. Masukkan paste rempah tadi. Kacau hingga terbit minyak. Guna api perlahan dan kacau jangan sampai hangus nanti gulai rasa pahit.
4. Sesudah rempah terbit minyak, masukkan ayam dan gaul sebati.
5. Masukkan kentang dan kacau. Kemudian masukkan garam, ajinomoto, gula merah dan asam keping. Gaul lagi sehingga sebati.
6. Selepas itu masukkan air secukupnya dan kacau. Masak sehingga ayam dan kentang empuk. Boleh tambah air lagi jika perlu.
7. Masukkan santan dan kacau. Perlahankan api semula dan biar hingga pecah minyak. Lama jika nak tunggu minyak naik. Dalam proses saya, saya tak bagi pecah minyak sangat. Nampak berkuah dan cair sedikit.
8. Bila dah masak matikan api dan bolehlah dihidangkan. Oleh kerana kuah banyak, boleh jer simpan frozenkan untuk dimakan bersama roti jala, roti canai atau capati nanti.
8. Bila dah masak matikan api dan bolehlah dihidangkan. Oleh kerana kuah banyak, boleh jer simpan frozenkan untuk dimakan bersama roti jala, roti canai atau capati nanti.
Selamat mencuba
0 Comments