Bubur Cha Cha atau bubur ca ca yang hanya dihidangkan bersama sago sangat sedap dihidangkan ketika minum petang. Anak-anak sangat suka, kecuali untuk anak Ida yang ke dua memang picky eater. Dengan menggunakan bahan yang murah dan mudah didapati dipasaraya atau pasar biasa. Sebenarnya penggunaan santan kelapa segar akan membuatkan bubur anda lebih sedap dan berlemak. Tetapi untuk resepi Ida, Ida hanya menggunakan santan kotak je lebih mudah.
Jom cuba buat resepinya dibawah
Bahan-bahan
- 100 gm Cha cha
- 200 ml santan / 1 kotak kecil
- 50 gm sagu
- 30 gm gula putih
- 40 gm gula merah
- 1/2 sudu teh garam
- 800 ml air
Cara Penyediaan:
1. Didihkan air kemudian rebus cha cha yang telah dicuci terlebih dahulu sehingga lembut dan toskan.2. Ulang proses yang sama, didihkan air kemudian rebus sagu yang telah dicuci terlebih sehingga kelihatan jernih. Cuci dengan air sejuk kemudian toskan.
3. Didihkan 800 ml air, kemudian masukkan daun pandan, gula merah dan gula putih. Gaul sehingga semuanya larut.
4. Selepas itu masukkan cha cha dan sagu. Gaul sekata.
5. Akhir sekali masukkan santan dan garam. Gaul manja tanpa henti lebih kurang 5 minit. Ok dah siap, boleh hidangkan ketika panas atau sejuk.
#edakitchen #buburcaca
0 Comments