Gado-Gado Mee Special & Simple, special dish from Indonesia and popular in asian country like Malaysia Singapore and Brunei

Gado-gado adalah hidangan yang menggunakan pelbagai jenis campuran seperti Mee, nasi Impit dan sayuran-sayuran yang kemudian digaul bersama kuah kacang. Gado-gado banyak terdapat di Indonesia, Malaysia dan Singapura mahupun Brunei akan tetapi resepinya berbeza antara tempat ke tempat, bak kata pepatah lain padang lain belalang, lain lubuk lain ikannya.  Begitulah juga Gado-Gado ianya boleh dijumpai hampir di seluruh nusantara namun setiap satunya ada keistimewaan tersendiri, dengan keunikannya yang tersendiri.

Terdapat pelbagai cara orang membuat Gado-gado tapi hari ini Ida nak share cara Ida buat Gado-gado mi yang diadaptasikan dari resepi yang Ida banyak jumpa di Sabah. Untuk resepi Kuah kacang tu anda boleh klik di sini. Apa yang special dalam resepi ni adalah pembuatan cucur tepung yang Ida akan tunjukan di bawah.  Untuk hidangan ni sebenarnya tiada sukatan yang wajib, ia bergantung kepada jumlah kuantiti yang anda nak makan.  Contohnya nak makan sayur banyak, maka tak apa lebihkan sayur.

vLog Cara buat Gado-gado Step by Step

Bahan-Bahan Cucur Tepung:
  • 4 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh garam
  • 3 sudu teh gula
  • Sedikit cincangan cili segar
  • Sedikit potongan daun bawang
  • 1/2 cawan air

Bahan-Bahan Sayuran dan Mi :
  • 2 peket mi kuning 
  • 5 biji tauhu goreng - dihiris tebal
  • 2 peket tempeh - dihris tebal
  • 1 batang timun - dipotong memanjang dan buang biji
  • 1 batang lobak - dihiris tebal dan bulat
  • 6 batang kacang panjang - dipotong memanjang
  • Telur - rebus 15 minit

Cara Penyediaan:

Untuk cucur tepung:  

1.  Bancuh semua bahan-bahan untuk cucur tepung dengan 1/2 cawan air hingga sekata. Kemudian perap 15 minit. 

2.  Panaskan minyak, kemudian ceduk 1 sudu makan dan jatuhkan ke dalam minyak panas seperti anda membuat cekodok.  Buat sehingga habis.  Angkat dan toskan diatas tisu dapur, biar minyak terserap dan sejukkan.

3.  Hiris atau potong kue supaya senang untuk dihidang.

Untuk penyediaan sayuran dan mi pula: 

1.  Mi dicelur lebih kurang 3 ke 5 minit dan toskan.

2.  Kacang panjang dan lobak dicelur hingga masak.  Kemudian rendam dalam air sejuk untuk menghentikan proses merebusnya supaya tidaklah kelihatan lebam atau menghitam ketika dihidang. 

3.  Manakala tauhu dan tempe digoreng.  Selepas goreng toskan.  

4.  Setelah telur direbus, buang kulit dan potong 2.

5.  Hidangkan kesemua bahan-bahan untuk gado-gado termasuk cucur tepung dan telur tadi dengan menyusunnya didalam piring hidang dengan teratur seperti gambar hiasan diatas ☝ atau boleh jer meletakkan semua bahan-bahan diatas mi dan tuangkan kuah kacang keatas hidangan dan menggaulnya untuk dimakan seperti gambar dibawah 👇.


Selamat mencuba

#edakitchen #gadogado