Sesiapa yang pernah makan Nasi Ayam Singapore ataupun juga dikenali Nasi Ayam Hainanese mesti pernah mencurah nasi dengan sos cili khas yang rasanya masam-masam manis dan sedikit pedas. Cili garam tidaklah pedas mana sebab dibuat hanya dengan Cili besar segar yang dicampur dengan halia dan bawang putih. Sebab tu cili garam juga dikenali dengan sos cili bawang putih, cili garam ini pastinya sangat sedap dimakan bersama nasi ayam. Selain daripada nasi ayam, cili garam juga boleh di makan bersama nasi goreng atau mi goreng untuk menambah sedikit pedas yang boleh membuka selera makan rasa nak bertambah-tambah je makan tu.
Selain daripada bawang putih dan halia, rasa pedasnya sudah diseimbangkan dengan rasa garam, gula dan perahan jus limau kasturi. Ida gunakan 8 biji limau kasturi yang agak besar sedikit. Jika nak cili garam pekat sedikit boleh kurangkan limau kasturi kepada 6 atau 7 biji sahaja. Melainkan ianya bersaiz kecil.
Seeloknya cili garam disimpan dalam botol kaca. Pastikan bersih dan kering botol kaca tu sebelum memasukkan cili garam tersebut. Simpan didalam peti sejuk dan boleh tahan dalam 2 minggu, tapi kalau selalu buka dan terbiar atas meja mungkin tahan seminggu je kot. Lagi satu, setiap kali menggambil cili garam, gunakan sudu bersih dan kering.
Ok jom lihat cara buat Cili garam,
Bahan-bahan:
8 biji limau kasturi
8 ulas bawang putih
6 cm halia
2 sudu teh garam
4 sudu makan gula
Nota: Sediakan botol kaca yang muat angaran 350g
Cara-cara membuatnya:
1. Cili merah dibuang tangkai dan buang biji kemudian potong kecil. Barulah dicuci bersih dan toskan airnya.
2. Kupas kulit bawang putih dan halia. Kemudian limau dipotong 2 supaya senang nak perah air limau kelak.
3. Selepas itu masukkan kesemua cili, bawang putih dan halia ke dalam blender. Perahkan air limau kasturi. Kemudian blend sehingga halus.
4. Matikan blender kemudian masukkan garam dan gula. Blend sekali lebih kurang 1 minit, kalau nampak kering jangan tambah air tapi sebaiknya tambahkan lagi perahan limau kasturi.
5. Siap, boleh masukkan ke dalam botol kaca yang sesuai. Simpan di dalam peti sejuk kalau simpan elok boleh tahan 2 minggu.
Selamat mencuba 🌶🌶🌶
0 Comments