Ida masak, ambil gambar kemudian tulis resipi tu di blog ni bukanlah untuk merumitkan keadaan sebab tu Ida selalu menulis resepi yang senang buat dan bahan yang ada dirumah. Walau pun kadang ada juga resipi yang rumit, sebab pada masa yang sama Ida nak cabar diri untuk membuatnya. Kalau ikutkan Ida ni taklah terror masak cuma proses belajar tu perlu berterusan. Pada mulanya pun Ida buat blog sebab nak belajar. Nak belajar masak, selalu buka blog orang lain. At the same time, i was think why not Ida tak tulis je dan buat blog supaya next time nak buat lagi resipi yang sama dah ada kat blog Ida. At least simpan kat blog taklah hilang seperti notebook. InsyaAllah, oneday i will compile all the recipe and make a book. Who knows.... short story about why i have a blog.
Ok kita tinggalkan cerita tu, sekarang balik kepada cerita asal iaitu Ida nak share resepi Ayam Masak Sos Cili yang Ida buat semalam. Tajuk nampak simple, ya memang cara dia pun semudah tajuknya. Alah masak sos je pun...itu orang cakap. Tapi kekadang biarpun simple, boleh jadi orang tiada idea nak masak apa atau macam mana caranya tu.. kan.. kan.. .Ida pernah buka satu blog yang tajuk simple seperti masak sos contoh je ye. Tapi alahai punyak banyak bahannya terus hilang semangat nak masak. Ayam Masak Sos Cili ni biarpun nama dah sos cili tapi tak pedas pun, rasa masam manis tu ada. Sangat sesuai untuk anak-anak, cuma warna merah seakan pedas tu buat mereka takut. Tapi cuba minta anak-anak untuk merasanya. Confirm terus nak nasi 😂. Ini untuk anak yang tak picky eaters, kalau yang picky eater macam anak ke 2 Ida memang susahlah, asyik nak telur apa nak buat terima jelah.
Bahan-bahan:
- Ayam lebih kurang 10 ketul
- 1 batang lobak dipotong keping-keping bulat
- 1 biji bawang holland dimayang
- 1 biji tomato dibelah 6
- 1 biji bawang merah dimayang/hiris tipis
- 2 ulas bawang putih diketuk dan potong kecil-kecil
- Sos cili
- Gula merah
- Garam
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
- Air 1 cawan @ secukupnya
- Potongan daun bawang
0 Comments