Namanya kuih Buah Melaka tetapi daripada zaman kanak-kanak Ida mengenali kuih ni dengan nama kuih Onde-Onde. Ya memang betul jika di Sabah kuih ni lebih dikenali dengan nama kuih Onde-Onde. Sangat mudah untuk disediakan dan sedap dimakan. Biasanya kuih ni menggunakan jus daun pandan yang ditumbuk atau kisar kemudian tapis airnya untuk memberikan rasa yang lebih sedap daripada daun pandan. Tetapi jika tiada atau malas dah nak buat boleh je menggunakan pewarna hijau sahaja macam yang Ida buat.
Bahan-Bahan:
- 500 gm/ 1 pek tepung pulut
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh garam
- 2 3/4 cawan air
- Sedikit pewarna hijau
- Gula melaka - inti
- Kelapa parut putih - salut kuih buah melaka
Cara-Cara Membuatnya:
1. Campur terlebih dahulu pewarna hijau, garam bersama dengan 1 cawan air. Gaul sekata. Supaya campuran warna hijau dengan tepung akan sekata.
2. Dalam bekas menguli, campur tepung pulut dan tepung gandum.
3.Tuangkan campuran air tadi ke atas tepung sedikit demi sedikit. Uli sekata. Tambahkan air yang selebihnya ke tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh. Doh jangan terlalu lembut.
4. Gentel bulat dengan mengisi inti gula melaka di dalamnya. Buat sehingga habis. Kalau Ida buat, dapatlah lebih kurang 60 lebih biji kuih buah melaka.
5. Selepas itu, masukkan kedalam air yang sudah mendidih. Buatlah anggaran berapa biji yang periuk anda muat. Apabila sudah timbul, maknanya sudah masak. Biarkan timbul selama lebih kurang 30 saat sebelum diangkat. Cedok keluar mengguankan sudip berlubang-lubang supaya airnya tidak bertakung dan boleh sahaja terus letak ke atas kelapa parut putih. Kalau tiada sudip berlubang-lubang, boleh je gunakan sudip biasa, tetapi kenalah toskan kuihnya terlebih dahulu kemudian barulah boleh letak ke atas kelapa parut.
6. Kelapa parut putih lebih sedap jika digaul terlebih dahulu dengan secubit garam untuk memberikan rasa sedikit lemak. Gelek-gelekkan buah melaka anda yang sudah masak diatas kelapa parut putih.
7. Siap untuk dihidang.
Selamat mencuba
#edakitchen #kuihbuahmelaka #kuihondeonde
0 Comments