Kuih apam kampung sememangnya adalah antara kuih yang selalu dibuat tambahan pula cara membuatnya sangat mudah.  Kuih apam kampung juga sering dipanggil dengan apam gula melaka kerana ia diperbuat daripada gula melaka.  Penggunaan gula melaka hendaklah sebahagian sahaja kerana jika berlebihan ia akan membuatkan kuih apam anda akan menjadi pahit.

Resepi ni Ida menggunakan acuan luyang 5 inci, tapi Ida rasa lebih cantik jika menggunakan acuan saiz 7 inci.  Jom cuba membuatnya.
 

Bahan‐Bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula putih
  • 1/2 cawan gula putih
  • 2 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan air panas
  • 1 sudu makan gula
  • 1/2 pek / 6 gram yis

Cara Penyediaannya:

1.  Buat air gula.  Caranya campur gula pasir, gula merah, air dan daun pandan.  Masak sehingga kesemua gula larut.  Sejukkan dan tapis.  

2.  Larutkan yis dalam 1/2 cawan air suam.  Tambah dengan 1 sudu makan gula.  Gaul dan tutup iaitu perap 5 minit atau sehingga yis kembang iaitu berbuih.

3.  Masukkan tepung kedalam bekas yis tadi.  Gaul dan campurkan dengan air gula merah tadi.  Kacau menggunakan sudu atau whisk.

4.  Apabila sudah tiada ketulan, perap selama lebih kurang 1 jam.  

5.  Panaskan kukusan.  Tunggu sehingga mendidih.

6.  Oles luyang atau acuan dengan sedikit minyak.  Tuang adunan ke dalam acuan, perap lagi selama lebih kurang 1/2 jam.  Selepas itu, kukus selama lebih kurang 40 minit dengan api sederhana.  Kalau api terlalu besar kuih apam anda akan mudah merekah.

7.  Sementara itu, kelapa parut dicampur dengan sedikit garam.  Kukus sebentar supaya kelapa parut anda tidak cepat basi.

8.  Setelah masak, sejukkan dahulu barulah boleh dipotong.  Gaul dengan kelapa parut.

9.  Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba

#edakitchen #apamkampung #apamgulamelaka