Nasi Lemak di Malaysia telah banyak diolah resepinya dan ada yang berbeza cara penyediaanya dari negeri ke negeri. Nasi Lemak sememangnya menu yang terkenal di asia tenggara Baik di Malaysia, Indonesia, Singapura mahupun Brunei. Walaupun berbeza penyediaanya antara satu tempat dengan tempat yang lain, akan tetapi pada asasnya mempunyai 3 bahan penting iaitu Sambal ikan Bilis, Nasi yang dimasak dengan santan, dan Kacang Tanah yang digoreng. Dari 3 bahan Asas ini kemudian beralih kepada lauk tambahan untuk dimakan bersama nasi lemak, pada kebiasaanya mesti ada telur rebus atau sekadar ikan bilis yang digoreng rangup.
Lauk untuk Nasi lemak sebenarnya tidaklah terhad sekadar Telur dan Ikan bilis goreng, ada juga yang menyediakan aneka lauk lain seperti Ayam goreng, Sotong, atau apa sahaja lauk yang anda gemari. Tips tambahan yang mungkin berguna terutamanya untuk para peniaga ialah sambal ni lebih sedap jika disediakan sehari sebelumnya. So apa lagi jom cuba buat nasi lemak sambal ikan bilis yang sangat sedap ni ... dah dah sudah, kan sudah terangkat bakul masuk sendiri 😂
vLog Cara-cara masak Sambal Ikan Bilis dan Nasi Lemak
Resepi Nasi lemak Sambal Tumis Ikan Bilis
Bahan-Bahan Sambal Tumis Ikan Bilis :- 1 mangkuk ikan bilis - rendam 1 jam terlebih dahulu
- 1 mangkuk cili giling /7 sudu makan
- 1 biji bawang holland - dimayang
- 1 sudu teh garam
- 3 sudu besar gula pasir
- 2 helai daun pandan
- 1 mangkuk kecil air asam jawa
- Minyak
- Air
Bahan kisar:
Cara Penyediaan Sambal:
1. Panaskan minyak lebih kurang 1 cawan (agak-agak), tumis bahan kisar sehingga agak garing dan berbau wangi. Kemudian masukkan bawang holland. Tumis dengan api besar.
- 2 biji bawang merah besar
- 4 ulas bawang putih
1. Panaskan minyak lebih kurang 1 cawan (agak-agak), tumis bahan kisar sehingga agak garing dan berbau wangi. Kemudian masukkan bawang holland. Tumis dengan api besar.
2. Selepas itu masukkan ikan bilis, gaul sekata bersama bawang holland tadi. Gaul beberapa minit, campurkan lagi cili giling. Perlahankan api dan terus dikacau dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak. Ianya memakan masa agak lama. Jika agak kering tambah sedikit air ketika menumis.
3. Setelah bahan tumisan garing, masukkan daun pandan, garam dan gula kemudian kacau rata. Gula akan menjadikan warna sambal cantik dan berkilat.
4. Masukkan sedikit air mengikut kepekatan sambal yang disukai. Tumis lagi sehingga pecah minyak sekali lagi. Jika air kurang tambahkan lagi sedikit air bersama air asam jawa. Lagi lama menumisnya lagi sedap.
5. Kacau sekata, tumis sehingga pecah minyak. Sesuaikan rasa garam dan gulanya. Kemudian boleh matikan api.
Bahan-Bahan Untuk Nasi:
- 4 cwn beras
- 1 kotak @ 200 ml santan
- 2 helai daun pandan disimpul
- 2 inci halia dihiris
- 1 biji bawang merah dihiris halus
- 1 batang serai diketuk
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan minyak
- Air secukupnya
Cara Penyediaan Nasi:
1. Basuh beras bersih-bersih dan toskan.
2. Kemudian campur semua bahan gaulkan beras dan masak nasi seperti biasa. Sukat air ikut beras yang anda gunakan. Tanak sehingga masak.
Bahan-Bahan Lain Dalam Hidangan Nasi Lemak:
- 1 mangkuk kacang tanah digoreng minyak
- 1 mangkuk ikan bilis digoreng rangup
- 1 batang timun dihiris tipis
- Telur direbus lebih kurang 15 minit. Kemudian dibelah 2 atau 4.. beberapa biji yang diingini.
Seterusnya hidanglah nasi lemak mengikut kreativiti anda 👇
Selamat mencuba
#edakitchen #nasilemak #sambalikanbilis
0 Comments