Sebenarnya hidangan ni adalah salah satu hidangan segera bagi Ida. Bila dah rushing nak kejar masa, so jawabnya nilah hidangannya. Tapi atleast anda ada masa lebih kurang 30 minitlah. So jom buat resepi yang mudah dan senang ni.
Bahan-Bahan:
- 1 packet pasta spaghetti
- 1 botol sos prego pasta tradisional
- 200 gm isi daging hancur
- 7 biji cendawan butang dipotong tipis
- 1 batang carrot dipotong tipis
- 1 biji tomato dipotong dadu
- ½ biji bawang holland dipotong dadu
- Sedikit daun bawang dipotong kecil
- Sedikit oregano kering
- 1 kiub daging
- 4 sudu makan minyak masak
- Air secukupnya
1. Dalam air yang sudah didihkan, rebus spaghetti sehingga masak atau lembut lebih kurang 20 minit. Kemudian toskan sementara itu jom buat kuahnya.
1. Panaskan 4 sudu makan minyak. Masukkan daging dan tumis sekejap.
2. Selepas itu masukkan bawang holland yang telah dipotong dadu. Tumis bersama daging sehingga daging masak. Boleh tambah sedikit air supaya ia taklah hangus.
3. Masukkan lobak dan cendawan. Gaul sehingga agak kekeringan barulah masukkan tomato.
4. Seterusnya masukkan sos prego tradisional bersama kiub daging. Gaul sehingga masak dan agak kepekatan. Tambahkan potongan daun bawang. Kemudian gaul lagi.

5. Selepas itu masukkan oregano dan gaul lagi sehingga sekata. Dah siap.
6. Boleh dihidangkan bersama spaghetti.
Selamat mencuba
#edakitchen #spaghettibolognese #pasta
0 Comments