Ada beberapa tips Ida nak kongsikan dalam resepi cekodok pisang ni yang rasanya berguna iaitu:
1. Gunakan pisang yang betul-betul masak atau terlebih masak atau lecek. Ia akan menghasilkan cekodok yang manis asli pisang dan wangi.
2. Jangan kisar adunan pisang. Cukup dengan melecek pisang sahaja supaya struktur pisang yang sedikit berketul tu ada dan ianya akan membuatkan cekodok anda lebih lazat.
3. Goreng dengan minyak yang banyak dengan kepanasan yang sederhana... deep fry.
4. Biarkan adunan dalam keadaan sedikit likat iaitu adunan tidak terlalu cair supaya cekodok anda tidaklah lembik. Lagi satu tambah sedikit tepung beras untuk tujuan kerangupan juga.
5. Baking soda berfungsi untuk menghasilkan pocket dalam cekodok ketika digoreng, taklah cekodok anda bantat.

Ok jom tengok resepi dan buat cekodok pisang yang terlajak sedap ni.
Bahan-Bahan:
- 8 biji pisang Abu
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu makan tepung beras
- 2 sudu makan gula
- 1/2 sudu teh garam halus
- 1/2 sudu teh soda bicarbonat
- 1/2 sudu teh serbuk penaik
- 1/2 cawan air
- Minyak untuk menggoreng
2. Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
3. Campurkan dengan 1/2 cawan air kemudian perap 30 minit.
4. Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Kaut menggunakan sudu yang sesuai seperti sudu makan lalu jemput kan ke dalam minyak. Pastikan jangan banyak sebab ianya akan kembang. Buatlah beberapa biji sekali goreng bergantung kepada saiz kuali anda.
5. Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas kertas serap minyak.
6. Hidangkan bersama kopi ke teh ke atau apa-apa sahaja.
Selamat mencuba
#edakitchen #cekodokpisang #kuihjemputjemput
0 Comments