Telur Gulung Korea | Korean Rolled Omelette | Halal 계란말이 Gyeran Mari

Akibat daripada jualan murah telur kami borong sampai 3 tray, so macam-macam resepi keluar daripada otak ni.  Katanya nak beli banyak supaya stock lebih sikit.  Tambahan pula anak-anak lebih suka makan telur berbanding lauk ikan atau ayam terutamanya jika dibuat pelbagai masakan, kari, sos dan seumpamanya.  Dalam hati "emm... betul juga kan supaya husband boleh diet, kan telur bagus juga untuk turunkan berat badan" so misi masak pelbagai jenis masakan telur.

Lagi pula, hakikatnya kalau Ida dalam keadaan nak cepat terutamanya waktu pagi dah lambat bangun, jadi breakfast paling cepat ialah telur... telur penyelamat keadaan 😂.

Kali ni Ida buat resepi telur gulung ala korean, masakan yang dipanggil dengan Gyeranmari.  Hanya menggunakan kuali leper supaya mudah untuk digulung.  Untuk resepi ni, Ida tiada sukatan khusus cuma buat anggaran berdasarkan jumlah telur.  Oh ya, selain menggunakan lada sulah (white pepper), anda boleh juga menggantikannya dengan lada hitam (black pepper) sebab ada sesetengah resepi gyeran mari yang menggunakan black pepper.  

So jom tengok resepi sambil layan video cara-cara membuatnya 😋.

vLog Cara Masak Gyeran Mari Step by Step


Bahan-bahan :

  • 5 biji telur 
  • Daun bawang dipotong halus
  • Daun sup dipotong halus
  • Lobak dipotong dadu kecil/cincang
  • Lada sulah
  • Garam


Cara-Cara Membuatnya :

1.  Pecahkan telur ke dalam mangkuk.

2.  Masukkan semua bahan dan gaul sekata.

3.  Panaskan kuali leper anda.  Oleskan sedikit minyak dalam kuali.  Setelah minyak panas, tuangkan sedikit bancuhan telur dan ratakan.  Pastikan menggunakan api yang sederhana atau kecil.

4.  Setelah kelihatan hampir masak, gulung telur dengan kemas sehingga hampir kehujung.  

5.  Selepas itu, tuangkan lagi sedikit bancuhan telur tadi.  Pastikan ia bersambung dengan hujung telur yang digulung tadi.  Ulang proses yang sama sehingga habis kesemuanya.

6.  Potong telur gulung anda secara membulat barulah ada feel korea giteww 😜


Selamat mencuba 👍👍

#edakitchen #eggrolled #gyeranmari