Sambal Telur Rebus, Boiled egg in spicy sauce

Pagi tadi terbangun awal biarpun hari ni adalah hari sabtu.  Dah biasa bangun awal sebenarnya kerana pada hari-hari bekerja Ida akan buat breakfast untuk suami sebelum pergi kerja.  Masih tidak tahu nak masak apa sebenarnya.  Tetapi terlintas dalam hati nak makan roti puri.  First kena ada sambal untuk cicah roti puri.  So apa lagi yang paling cepat dan mudah ialah telur.  Jadilah sambal telur rebus.  Kebetulah minggu lalu masa pergi ke Alamanda Putrajaya singgah di Big Aeon beli barang sikit maka terboronglah telur sampai 3 tray sebab malas nak balik-balik beli telur.  Macam manalah nak menghabiskan telur yang banyak ni.  Apalagi banyakkan menu telur la jawapnya 😅.  Lagipun telur ni kena sentiasa ada juga dirumah sebab anak Ida yang kedua menu utama dia memang telur.  

Oklah berbalik kepada cerita sambal telur tadi, biarpun resepi nampak senang tetapi tidaklah sesenang namanya.  Telurnya kena melalui 3 proses iaitu direbus, digoreng dan kemudian ditumis lagi.  Sebenarnya sambal telur ni selain daripada menggunakan telur rebus, telur goreng dadar atau telur goreng mata pun boleh juga dijadikan sambal telur.  Jadi jom tengok resepinya dan cuba buat pasti berpuashati.

Bahan bahan 

  • 6 biji telur
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 4 sudu besar cili kering kisar
  • Sedikit belacan 
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Gula 
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara Penyediaannya: 

1.  Rebus telur selama lebih kurang 15 minit.  Setelah masak kupas kulitnya.  Selepas itu goreng telur tersebut sehingga kelihatan kuning keemasan dan sedikit berkedut kulit putih telur tersebut.  Kemudian ketepikan sementara membuat kuah sambal.


2.  Tumbuk atau kisar bawang putih dan bawang merah setelah hancur camapurkan dengan belacan dan tumbuk bersama-sama.  

3.  Panaskan minyak. Tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga sedikit garing dan kemudian masukkan cili kisar.  Tumis dengan api perlahan sambil digaul sehingga garing.  Boleh tambah sedikit air jika agak terlalu kering. 

4.  Masukkan gula dan gaul lagi sehingga warna merah sambal nampak cantik dan berkilat.

5.  Masukkan garam dan air asam jawa.  Kalau terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit.  Gaul dengan sekata sehingga pecah minyak.  Rasa sekali lagi sebelum mematikan api.

Selamat mencuba

#edakitchen #sambal #masakantelur