"Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa" teringat kata-kata ni ketika menulis tajuk tadi.  Lama dok temenung kejap patut ke Ida guna je perkataan yang biasa tu "Mee".  Memang tiada salahnya gunakan perkataan "Mee", malah semua orang pun faham maksud perkataan "Mee".  Tapi apa salahnya aku cuba biasakan menggunakan ejaan yang betulkan?. Ok lets decide, kita guna je ejaan yang betul.  Lama kelamaan biasalah tu.  Macam perkataan "Resepi" dan "Resipi", orang sering keliru.  Tak apa yang pentig kita ubah dulu diri kita.  Fikirku.

Oklah, Ida nak share resipi mi goreng ayam.   Sebenarnya Ida lari dari perancangan awal iaitu nak buat Sandwich pagi ni.  Tup-tup rupanya mayonaise habis pula, lupa beli.  Ok lupakan plan B, tengok apa yang ada didalam peti sejuk.  Alhamdulillah ada sepeket mi kuning.  Kenapa Ida cakap terlajak sedap dan mudah?  Tak prepare apa-apa Ida gunakan bahan apa yang ada di rumah ja terutamanya daun bawang yang banyak.  Ayam tu pula Ida gunakan isi ayam masak hainaese baki semalam yang sudah Ida frozenkan.   Ayam tu boleh jer pakai isi ayam atau dada ayam kemudian rebus seketul tu dan barulah disiat-siat.  Memang sangat sedap ditambah lagi dengan perahan limau kasturi dan cili garam...ummm..   

Kecewa sikit tak sempat ambil video atau ambil gambar cara-cara memasaknya sebab nak cepat kot.  InsyaAllah next time akan cuba update semula dan masukkan gambar.  Apa-apa pun kena cuba tau sedap sangat, ikut je bahan dan step kat bawah tu.  So simple.  Jangan buang masa, jom cuba resipinya.


Bahan-bahan:

  • 450 gm Mi kuning basah
  • 1 biji telur.  Kalau nak 2 biji telur pun boleh
  • 1 mangkuk isi ayam yang telah disiat-siat
  • 2 biji bawang putih diketuk dan hiris kecil
  • 1 mangkuk daun bawang yang telah di potong kecil sepanjang 1 inci
  • 1 cekak sayur pak choy yang telah dipotong kecil
  • 1 biji tomato dibelah 4
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 2 sudu makan kicap pekat/kicap mee
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan air (220 ml)
  • 100 ml minyak masak (anggaran)

Hiasan dan Tambahan

Note: jangan lupa cuci dahulu apa yang patut seperti sayur tu.

Cara-Cara Memasaknya:

1.  Panaskan minyak dan goreng bawang putih sehingga agak kekuningan.  Masukkan ayam.  Goreng sambil gaul bersama bawang putih tu.

2.  Kemudian masukkan pula sayur pak choy dan daun bawang.  Gaul  sekejap tambahkan pula kicap cair dan kicap pekat.  Kemudian tambahkan air.  Gaul sehingga agak layu.

3.  Selepas itu masukkan mee dan tomato.  Gaul sehingga semuanya sekata.  Boleh tambah air jika kurang.

4.  Di dalam kuali, buat lubang ditengah mee atau ketepikan sedikit mee dan pecahkan telur ketempat tersebut.  Biarkan seketika ... tik-tik-tik dalam 20 saatlah.  Selepas itu gaul sekata mee dan telur.

5.  Pastikan mee anda tidak terlalu kering.  Tambah sikit air jika perlu.  Gaul.  Tambahkan sos cili, garam dan lada sulah.  Gaul lagi sehingga sekata.

6.  Jika rasa mee sudah ngam ditekak, bolehlah matikan api dan hidangkan.

7.  Jangan lupa hidangkan bersama cincangan daun sup, cili garam dan perahan jus limau kasturi 👍👍


Selamat mencuba....