Buat Roti Puri | Roti Arab Goreng | a type of instance bread
Roti Puri | Roti Arab Goreng

Sambungan daripada entry Sambal Telur Rebus tadi, seterusnya ialah cara-cara membuat Roti Puri yang gebu.  Roti Puri atau juga dikenali dengan Roti Arab adalah salah satu resepi yang sangat mudah dan cepat membuatnya.  Untuk note Ida sendiri, biarpun roti puri ni dah lama Ida tahu tapi ni pertama kali membuatnya sendiri.  Roti Puri sangat sedap jika dimakan bersama sambal. Tak kisahlah sambal telur ke, sambal ikan bilis ke atau cicah kuah kari pekat pun sedap.  Ada juga yang memakannya dengan susu manis seperti anak saya 😂.  

Sukatan Ida buat ni 4 cawan tepung atau lebih kurang 1/2 kilo.  Dapatlah lebih kurang 40 biji roti puri.  Jika anda rasa banyak sangat boleh kurangkan jumlahnya.  Oklah jom tengok Resepi Roti Arab aka Roti Puri yang Ida buat.

Bahan-bahan:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 6 sudu makan minyak masak
  • 1/2 paket yis 
  • 1 sudu makan gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1 1/2 cawan air panas
  • 1/2 cawan air suam
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaannya:

1.  Campurkan yis dan gula ke dalam air suam.  Kembangkan selama lebih kurang 5 minit.

2.  Campurkan yis yang telah kembang tadi ke dalam tepung bersama minyak dan garam.  Gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.

3.  Campurkan air panas sedikit demi sedikit sambil menguli adunan tadi.  Uli sehingga tidak melekat ditangan dan doh menjadi gebu.

4.  Kemudian perap atau rehatkan selama lebih kurang 30 minit.  Tutup doh menggunakan apa sahaja supaya permukaan tepung tidak menjadi kering.  Simpan dalam suhu bilik sahaja.

5.  Setelah direhatkan, proses mencanai pula.  Ambil atau cubit doh sebesar bola ping pong atau lebih kecil lagi.  Canai diatas papan pencanai atau apa sahaja yang penting boleh canai.  Gunakan talam pun boleh.

6.  Setelah siap semuanya, goreng dalam minyak yang banyak dan kepanasan yang sederhana.  Jika terlalu panas ia akan cepat hangus dan jika tak panas pula, kembungnya tak akan menjadi pula.  Masa menggoreng simbah sedikit minyak panas tu menggunakan sudip tanpa henti keatas roti supaya roti kembung dengan cantik.

Buat Roti Puri | Roti Arab Goreng | a type of instance bread
Roti Puri | Roti Arab Goreng

Selamat mencuba

#edakitchen #rotipuri #rotiarab