Udang Masak Butter |
Bahan-Bahan:
- ½ kg udang - dibuang kepala lalu dibersihkan
- 2 sudu makan butter
- 1 mangkuk kecil @ ½ cawan susu cair
- 1 mangkuk daun bawang - di potong kecil
- 1 biji bawang merah saiz sederhana - dipotong dadu
- 6 biji bawang putih - dipotong dadu
- 5 biji lada kering - dipotong kecil
- 1 biji cili segar - dipotong kecil
- Garam dan serbuk ajinomoto
- Minyak dan air secukupnya
vLog cara Masak Udang Butter (Tips enable subtitle)
Cara Memasaknya:
1. Panaskan mentega, biarkan mencair sendiri lalu masukkan bawang merah dan diikuti dengan bawang putih. Tumis sehingga naik wangi dan sedikit kegaringan. Ida memang sengaja lebihkan bawang putih didalam resepi ni kerana bawang putih tu akan lebih memberikan rasa yang sangat sedap.
2. Kemudian masukkan lada kering yang telah dipotong kecil.
3. Selepas itu masukkan udang. Goreng udang dengan sekata bersama bahan tumis. Gaul seketika barulah masukkan garam dan ajinomoto. Garam dan ajinomoto sedikit sahaja kerana sebenarnya butter dan udang tu dah ada rasa masin. Kalau kurang garam boleh tambah lagi tapi kalau dah terlebih susah nak repair.
4. Bila udang dah masak dan mula mengering, tuangkan susu cair. Ida bubuh sikit je, tak nak berlemak sangat.
5. Akhir sekali bubuh daun bawang untuk memberikan rasa dan aroma bawang yang segar.
6. Setelah dihidangkan jangan lupa menghiasnya dengan lebihan daun bawang bersama potongan cili segar.
Selamat mencuba.
#edakitchen #udang
0 Comments