Oreo Cheese Cake, biskut oreo, oreo crushed cookie piece, whipping cream,

Oreo Cheese Cake sememangnya mudah dibuat dan sedap dimakan.  Boleh dibuat tanpa menggunakan oven dan mixer, untuk resepi ni Ida gunakan loyang saiz 7 inci. Asalkan mengikut step yang betul pastinya cheese cake anda akan menjadi dengan cantik dan sedap.


Bahan-Bahan:

  • 250 gm cream cheese
  • 200 ml whipping cream
  • 30 keping biskut oreo
  • 2 sudu makan butter
  • 2 sudu makan gula kastor
  • 1 sudu makan esen vanilla
  • 1 sudu makan jus lemon
  • 1 sudu teh gelatin
vLog cara buat Oreo Cheesecake step by step (Tips enable subtitle)
(Pst, kawan-kawan support & subcribe YouTube Channel Ida ye, banyak lagi resepi Ida akan share)

Cara penyediaan:

Langkah 1 

1.  Ambil 23 keping biskut oreo lalu asingkan intinya.  Simpan inti dalam 1 bekas gunakan untuk langkah 2 nanti.

2.  Kemudian bahagikan kepada 2 bahagian dan masukkan dalam plastik iaitu 15 keping dan 8 keping.  Kemudian hancur-hancurkan.

3.  Cairkan butter.  Tak kisahlah sama ada menggunakan microwave atau panaskan dikuali.

4.  Sesudah dihancur-hancurkan, masukkan bahagian yang 15 keping kedalam bekas dan gaul bersama butter cair sehingga sebati.

5.  Tuangkan kedalam luyang bersaiz 6 inci.  Jika nak kelihatan tebal atau tinggi cheese cake tu boleh gunakan luyang yang lebih kecil.  Padatkan dengan menekan-nekannya dengan spatula.  Selepas itu, masukkan kedalam peti sejuk sementara kita buat bahagian atau langkah yang ke 2.


Langkah 2

1.  Ambil cream cheese 250 gram, lenyek-lenyekkan sedikit sambil menggaulnya dengan inti oreo dilangkah 1 sehingga sebati dan cream cheese lembut.

2.  Gelatin dicampur dengan lebih kurang 1 sudu makan air biasa.  Gaul sehingga larut.  Sesudah itu tambahkan lagi dengan sedikit air panas.  Gaul lagi sehingga cair dan bertukar warna putih jernih.

3.  Kemudian masukkan esen vanilla, gelatin, jus lemon dan gula kastor kedalam adunan cream cheese.  Gaul sebati menggunakan whisk atau spatula sahaja.

4.  Dalam bekas lain, tuangkan whipping cream dan kacau menggunakan whisk sehingga kental atau memekat.  Kemudian campurkan kedalam adunan cream cheese tadi ( no 3).  Gaul kaup balik sahaja.


Langkah 3

1.  Ambil luyang berisi oreo dari peti sejuk kemudian tuangkan adunan cream cheese ( no 4) separuh.  Ratakan.  Susun biskut oreo yang 7 biji lagi di atas cream cheese tadi.  Selepas itu lapiskan lagi dengan baki cream cheese tadi.

2.  Bahagian atas cream cheese taburkan rata dengan biskut oreo yang telah dihancurkan dilangkah 1 ( 8 biji)

3.  Simpan didalam peti sejuk sekurang-kurangnya 7 jam atau semalaman.

Selamat mencuba.

#edakitchen #oreocreamcheese