Kalau sebut Nasi Goreng USA ramai dah biasa dengar, restoran-restoran pun banyak yang ada jual menu Nasi Goreng USA iaitu Nasi Goreng "Udang, Sotong dan Ayam". Tapi kali ini Ida bukan nak buat Nasi Goreng tapi Ida nak masak Mee Goreng UIA. Ida namakan mi Goreng UIA sebab Ida campurkan dengan potongan isi ayam, udang dan bebola ikan yang banyak, oleh itu jadilah Mi goreng Udang, Ikan dan Ayam (UIA).  

Resipi ni sangat berbaloi Ida rasa sebab kosnya murah jika dibandingkan makan atau beli di restoran.  Tambah-tambah lagi mee ni kurang berminyak, taklah rasa muak nak makan. Cara masak mee yang diperap terlebih dahulu dengan menggabungkan kicap cair memberikan rasa masin, kicap manis dan kicap karamel memberikan rasa yang sangat sedap pada mee ni sendiri.  

Penggunaan telur didalam mee goreng adalah biasa, tetapi mee goreng UIA ni tak menggunakan telur.  Tak ada masalah jika ada yang nak gunakan telur, hanya perlu buat ruang ditengah kuali atau tengah mee lalu pecahkan telur didalam ruang tersebut, biarkan telur masak barulah gaul dan sebatikan dengan mee. Oklah disini Ida senaraikan bahan dan cara Ida masak mee yang special ni.

Bahan A (Hiris dan Potong)

  • 2 pokok sawi 
  • ½ biji bawang holland
  • 1 biji bawang merah besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato
  • Cili segar 

Bahan B (Gaul bersama)

  • 450 gm Mee kuning/basah
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan kicap karamel

Lain-lain Bahan

  • 15 ekor udang - buang kepala, jejari dan ekor
  • 1 paket bebola ikan goreng - belah dua
  • 100 gm dada ayam - potong dadu
  • 1 kiub ayam
  • 4 sudu makan minyak masak
  • Garam dan ajinomoto
  • 3 sudu makan sos cili
  •  Limau kasturi
vLog Cara-cara Masak Me Goreng UIA

Cara Memasaknya:

1.  Panaskan minyak.  Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.

2.  Masukkan ayam.  Gaul sehingga isi ayam separa masak kemudian masukkan udang.  Gaul lagi sehingga udang dan ayam betul-betul masak.

3.  Selepas itu masukkan sos cili.  Teruskan gaul.  Tambah sedikit air dan masukkan kiub ayam dan gaul lagi.

4.  Masukkan bebola ikan.  Selepas itu masukkan garam dan ajinomoto.  Gaul sebati.

5.  Masukkan batang sawi yang telah diasingkan dengan daunnya tadi. Masukkan juga potongan buah tomato.

6.  Selepas itu masukkan mee yang telah dengan campuran kicap.  Gaul sehingga sebati semuanya.

7.  Kemudian masukkan daun sawi, bawang holland dan sedikit potongan cili untuk memberikan sedikit pedas.

8.  Akhir sekali hidangkan mee bersama perahan limau kasturi.

Selamat mencuba

#edakitchen #meegorengsedap