Minggu lalu Ida buat kek batik tapi ada terfikir juga dari mana datangnya nama kek batik, tapi apa pun pun kek Batik adalah antara kek yang paling senang untuk disediakan.  Tanpa menggunakan mixer atau mesin pengadun seperti kek-kek yang lain dan tanpa menggunakan oven.  Tak perlu bakar pun 😂.  Resepi yang Ida gunakan adalah resepi dari adik ipar.  Menggunakan resepi ni sedap sangat-sangat.  Rasa macam full resepi pula sebab jika search kek batik, banyak versi kek batik yang orang buat sekarang.  Ida perasan kebanyakkannya tanpa menggunakan nestum.  Bagi Ida, tak kisahlah yang penting jadi, boleh makan dan sedap.  So jom tengok resepi kek batik yang Ida buat ni.

vLog Cara Membuat Kek Batik Biskut Marie Dengan Nestum
(Pst, kawan-kawan support & subcribe YouTube Channel Ida ye, banyak lagi resepi Ida akan share)

Bahan-Bahan:
  • ½ pek Biskut Marie
  • ½ tin susu pekat
  • 1 cawan air panas
  • 1 pek kecil milo
  • 2 cawan nestum
  • 2 biji telur
  • 2 sudu makan dark coco
  • 250 gm butter


Cara Penyediaan:

1. Pecah-pecahkan biskut marie kepada saiz yang anda kehendaki. Kalau tak nak pecahkan pun boleh.

2. Cairkan butter. Selepas itu masukkan susu pekat, dark coco dan milo. Gaul sehingga sebati dan tiada kelihatan ketulan sama ada coco atau milo.

3. Kemudian masukkan nestum dan air panas. Gaul lagi sehingga sebati.

4. Seterusnya masukkan telur. Terus gaul dengan segera.

5. Apabila sudah agak kepekatan, masukkan biskut marie. Gaulkan sehingga bancuhan milo menyeliputi keseluruhan biskut marie.

6. Bila sudah masak, tuangkan ke dalam loyang. Ratakan biar nampak kemas kek batik anda.


Selamat mencuba

#edakitchen #biskutmarie #kekbatik