Assalamualaikm, hi semua. di sini ida nak share cara-cara buat ais krim yang mudah. Anak-anak memang suka makan Aiskrim, masa jalan-jalan memang selalu singgah beli Aiskrim. Tapi sekarang sejak PKP, PKPP, PKPB nasib baik setakat ni tempat Ida tak kena PKPD lagi, dah takde jalan-jalan dengan anak-anak jadi takdelah singgah mana-mana nak beli Aiskrim. Nak di jadikan cerita sebenarnya ada jugak beli Aiskrim dalam container yang jual kat pasaraya tapi kejap je habis, harga pun tak lah murah.

Ntah macamana Ida ade nampak orang share resipi kat Facebook cara nak buat Aiskrim kemudian kita cubalah Alhamdulillah menjadi. Rasa pun sedap berkrim sebijik macam Aiskrim dalam container yang jual kat pasaraya, bahan-bahan yang Ida guna pun kira bajet murah dapat banyak pulak tu.  Basic dia buat Aiskrim perisa vanilla je dari situ terpulanglah nak buat perisa Strawberry, Coklat, nak buat perisa kopi pun boleh 😂.   Ida bagi lagi idea lain seperti cip coklat, kekacang, coklat Hershey, cookies, cake, yogurt dan jem mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing.

Oklah kat sini Ida Share macamana saya buat Aiskrim ni, kali ni Ida buat perisa Vanilla dan Strawberry. Aiskrim Vanila tu saja je saya tambah dengan "Oreo cookie crumb" untuk cari kelainan, kalau korang tak letak pun tak apa.  Opsss untuk resepi ni, boleh dapat 2 bekas ice cream jenama nestle yang 1 kilo tu tau.  Hanya perlu beli kon ais krim atau kalau suka makan dengan roti pun sedap.  Kalau semua tu tiada, letak je dalam cawan atau mangkuk dan makan.  emmm sedap.  Jadi jom tengok resepinya.

Bahan A:
  • 2 tin susu cair
  • ½ tin susu pekat
  • 2 sudu makan / 30 gm ovallete
  • 2 sudu makan vanilla 

Bahan B:
  • 100 gm oreo cookie crumb
  • Pewarna pink
  • Hershey strawberry syrup
vLog Cara-cara buat Ice Cream Vanilla Oreo dan Strawberry
(Pst, kawan-kawan support & subcribe YouTube Channel Ida ye, banyak lagi resepi Ida akan share)

Cara-Cara Membuatnya:

1.  Campurkan kesemua bahan A ke dalam bekas.

2.  Putar bermula daripada kelajuan rendah hinggalah ke tinggi secara berperingkat.

3.  Putar sehingga kepekatan dan berkrim.  Ok boleh turunkan kelajuan mesin pengadun sedikit demi sedikit sehingga berhenti.

4.  Bahagikan adunan ais krim kepada 2 bahagian.  Sebenarnya jika nak buat beberapa perisa pun boleh tapi saya buat 2 perasa sahaja iaitu vanilla dan strawberry.

5.  Selepas itu letakkan dalam bekas dan masukkan ke dalam freezer.  Simpan 24 jam atau semalaman.

Selamat mencuba.

#edakitchen #icecreamhomemade