Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Post kali ni adalah untuk memenuhi permintaan kawan yang meminta resepi Rendang Daging. Kali ini Ida akan masak step by step ikut cara tradisional, yelah semua bahan Ida akan tumbuk dan blender sendiri. Kalau nak cara mudah ada je Pes Rendang segera jual kat supermarket tinggal campak daging dan gaul sampai masak je. Hidangan rendang daging adalah salah satu menu wajib yang sering dihidangkan bersama ketupat terutama sekali masa Hari Raya,  bukan sahaja ketupat, malahan kalau di Sabah kami hidangkan bersama kelupis dan buras.  

Sebut sahaja daging, ada yang takut makan kerana keras dan kadang-kadang boleh menyebabkan gigi sakit.  Pelbagai petua yang Ida pernah dengar untuk melembutkan daging seperti masak sudu besi bersama daging, menggunakan air cuka, menggunakan butiran beras dan bermacam-macam lagi. Mungkin ada rasionalnya dari segi saintifik disetiap petua tersebut ntahlah,  Ida pun kurang pasti.  Tapi kalau daging dah bahagian yang lembut iaitu daging batang pinang @ tenderloin rasanya tak perlulah menggunakan segala petua tu kot.   Itulah petuanya so mari tengok dan buat rendang daging yang bagi Ida dah cukup sedap.

Kawan-kawan pembaca tolong support dan subscribe YouTube Channel Ida ye, Ida akan upload Video-video resipi Ida InsyaAllah seminggu sekali.


Bahan-bahan kisar: 
  • 6 biji bawang merah kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 inci lengkuas
  • 3 inci halia
  • 3 batang serai
  • 2 inci kunyit hidup
  • Sedikit air

Bahan-bahan untuk sangai dan kemudian dtumbuk/geser halus dalam lesung: 
  • 1 sudu makan biji jintan putih 
  • 1 sudu makan biji jintan manis
  • 1 sudu makan biji ketumbar 

Bahan-bahan lain: 
  • 1 kilo daging lembu (Plate @ Daging Bawah Perut)
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 keping asam keping 
  • 1 mangkuk kecil @ 3 sudu makan kerisik 
  • 2 helai daun kunyit
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 mangkuk kecil cili giling 
  • ½ gula melaka 
  • Garam dan ajinomoto 
  • 1 ½ cawan minyak masak
  • Air secukupnya
vlog Cara-cara masak Rendang Daging Warisan

Cara Penyediaan:

1.  Potong daging kepada ketulan kecil atau ketulan sederhana.  Untuk memudahkan daging dipotong, potong dengan cara lawan arah urat.

2.  Cincang / kisar kasar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, lengkuas dan serai.  Masukkan ke dalam blander bahan cincang tadi kemudian tambah sedikit air @ secawan air.  Kisar halus tapi jangan terlalu halus pastikan masih ada serat-serat halus yang tertinggal.

3.  Untuk daun kunyit pula, buang tulang tengah daun kunyit kemudian gulung dah hiris halus.  Tapi Ida dah terhiris kasar pula.  Selepas itu seeloknya simpan dalam bekas bertutup untuk elakkan daun kering kerana ia akan digunakan diakhir masakan daging kelak. 

4. Daun limau purut pulak dicarik-carik kecil, daun limau purut ni bagus kalau ada boleh tambah aroma masakan, tapi susah nak cari kalau duduk kat bandar besar tapi kalau tak ada takpe boleh skip.

5.  Sangai (goreng tanpa minyak) biji ketumbar, biji jintan putih dan biji jintan manis sampai garing atau sehingga naik bau.  Masukkan rempah tadi ke dalam lesung batu dan geser halus.

6.  Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar bersama cili giling.  Gaul seketika dan biarkan sehingga pecah minyak.

7.  Masukkan rempah yang telah dikisar dan juga daging.  Selepas itu kacau sikit.

8.  Masukkan santan cair dan asam keping dan gaulkan, kemudian kecilkan api tutp periuk biar merenehkan sehingga daging masak empuk.  Seeloknya masak lama sebab semakin lama renehnya semakin empuk daging tu tapi kena tengok-tengok jangan sampai kering jika perlu tambah air masa mereneh tu. Sementara mereneh tu masukkan garam dan ajinomoto, gaul dan sambung merenehnya.

9.  Bila dah hampir kering dan daging dah masak empuk, masukkan santan pekat, gula melaka dan kerisik.asam.  Masak sehingga kuah pekat semula,  tak perlulah terlalu pekat.

10.  Akhir sekali gaulkan dengan daun kunyit dan daun limau purut yang telah dihiris tadi.  Masukan sebahagian sahaja hirisan daun kunyit sebab yang sebahagian lagi akan digunakan sebagai hiasan nanti.  Daun kunyit ni akan mewangikan lagi hidangan daging rendang anda.


Selamat mencuba

#edakitchen #rendangdaging #hidanganhariraya