Cheeseburnt Cake  yang moist dan creamy sesuai dibuat untuk tea break

Cheeseburnt Cake atau nama lainya Basque Burnt adalah resipi  yang dipercayai berasal dari Spanyol kek ini dari teksturnya kelihatan terbakar pada permukaan luarnya tapi lembut dan creamy di dalamnya. Kek ini sangatlah mudah disediakan dan dibakar pada suhu tinggi untuk menghasilkan rupanya yang seakan terbakar bahagian luarnya. Oleh sebab kek ini antara resepi yang banyak dishare oleh kawan-kawan yang sama-sama minat memasak Ida pun teingin nak cuba buat. Dipendekan cerita bahan-bahan taklah kos mahal sangat dan bila ida cuba buat first time pun dah menjadi, kesimpulanya memang mudah membuatnya. So kat sini Ida Share resipi yang ida buat sekali dengan vLog cara ida buat step by step:  

BURNT CHEESE CAKE

Bahan-Bahan Cheeseburnt cake terdiri daripada telur, tepung, cheese cream, whipping cream

500 gm cheese cream ( suhu bilik)
200 ml whipping cream
160 gm gula kastor
3 telur A
3/4 sudu makan vanilla
1 sudu makan tepung gandum

vLog Cara masak Cheeseburnt Cake step by step (Tips- enable subtitle)
(Pst, kawan-kawan support & subcribe YouTube Channel Ida ye, banyak lagi resepi Ida akan share)

Cara Menyediakan:

1. Putar cheese sampai lembut.

2. Masukkan gula. 

3. Masukkan telur satu persatu dan putar ( masuk 1 putar hingga hilang telur baru masuk 1 lagi..) guna speed sederhana sahaja.

4.  Masukkan whipping cream bersama vanilla.  

5.  Selepas itu masukkan 1 sudu makan tepung gandum.  Tepung gandum ni bertujuan untuk mencantikkan struktur kek tu nanti supaya tak terlalu lembut.

6.  Bila adunan sudah sekata tuangkan ke dalam acuan.  Guna acuan bentuk bulat atau square.  Tapi saya lebih suka memakai acuan bulat 7 inci.  Ketebalannya cantik iaitu tak tinggi dan tak rendah sangat.  

7.  Bakar pada suhu 200°C selama  45 minit hingga ke 1 jam.  Kepanasan api atas bawah.

8.  Bila sudah masak kek akan naik tinggi dan akan turun secara perlahan ketika proses penyejukkan.  Potong kek setelah betul-betul sejuk.      

Sepotong Cheeseburnt Cake resepi yang mudah dibuat.

Selamat mencuba!!

#edakitchen #cheeseburnt #cheesecake