Kali ni Ida kongsikan resepi simple yang korang boleh buat hanya guna 4 bahan saja. Semua bahan ini senang nak cari sebab memang selalu ada kat dapur kita. Sekali tengok macam kuih lapis dua kali tengok macam betul kuih lapis je tapi sebenarnya bukan, resepi ni sebenarnya adalah sejenis puding yang bahan utamanya guna biskut. Jadi tak nak cerita panjang saya share resepinya di bawah.
Bahan digunakan :
Cara buat :
1. Rendam semua biskut dalam air suam hingga kembang. Kemudian tapis.
2. Masukkan biskut yang sudah ditapis tadi, susu dan telur ke dalam blender. Kisar semua hingga halus.
3. Bahagikan kepada 3 bahagian untuk diwarnakan. Kalau nak bahagikan kepada 2 warna je pun boleh. Terpulang kepada diri masing-masing. Ida hanya gunakan warna coklat dan hijau, manakala yang ke 3 Ida tak letak warna.
5. Sapu loyang dengan planta kemudian lapik dengan plastik supaya kuih tak melekat di loyang nanti.
6. Kukus lapisan pertama 10 minit. Kemudian tambah lapisan kedua. Kukus 10 minit lagi. Manakala lapisan yang ketiga kukus selama lebih kurang 20 minit atau hingga masak.
Bahan digunakan :
- 24 keping biskut kreaker
- ½ gelas susu pekat
- 4 biji telur B
- Air secukupnya
Cara buat :
1. Rendam semua biskut dalam air suam hingga kembang. Kemudian tapis.
2. Masukkan biskut yang sudah ditapis tadi, susu dan telur ke dalam blender. Kisar semua hingga halus.
3. Bahagikan kepada 3 bahagian untuk diwarnakan. Kalau nak bahagikan kepada 2 warna je pun boleh. Terpulang kepada diri masing-masing. Ida hanya gunakan warna coklat dan hijau, manakala yang ke 3 Ida tak letak warna.
5. Sapu loyang dengan planta kemudian lapik dengan plastik supaya kuih tak melekat di loyang nanti.
6. Kukus lapisan pertama 10 minit. Kemudian tambah lapisan kedua. Kukus 10 minit lagi. Manakala lapisan yang ketiga kukus selama lebih kurang 20 minit atau hingga masak.
7. Potong apabila sudah sejuk.
0 Comments