Assalamualaikum, hi semua. Hari ni saya nak berkongsi resepi Talam Ubi Keledek Oren. Kuih talam adalah salah satu kuih tradisional yang tidak pernah ketinggalan zaman, malah ada waktunya menjadi kegilaan untuk dimakan kerana strukturnya yang lembut dan rasanya yang lemak bersantan. Orang hilang selera makan pun boleh bangkit selera dibuatnya.
Orang kata kuih talam ni pada asalnya dipanggil kuih talam adalah kerana pada mulanya ia dikukus menggunakan kuali besar dan dimasak didalam talam yang besar, so jadilah kuih talam. Tapi hari ni ia sudah beradaptasi kepada luyang mengikut saiz kukusan. Orang tak perlulah masak banyak-banyak jika keluarga kecil, sukatan pun cukup untuk 1 luyang.
Pra penyediaan :
- Ubi keledek oren dikupas dan dipotong dadu kemudian rebus sehingga empuk.
- Sesudah masak, ambil 1 cawan tanpa lecek untuk lapisan bawan dan 1 cawan yang dilecek untuk bahagian atas.
- 1 cawan tepung beras
- 3 sudu makan tepung ubi kayu
- ½ sudu teh garam
- 13⁄4 cawan santan
- 1 cawan keledek rebus potong dadu
Bahan-Bahan Lapisan Atas:
- 1 cawan keledek oren lecek
- ½ cawan gula
- 3⁄4 cawan tepung gandum
- 1 sudu makan tepung beras
- 1 telur gred B
- 1 3⁄4 cawan santan
- Pewarna kuning
vLog cara masak Kuih Talam dengan Keledek Oren (tips enable subtitle)
(Pst, kawan-kawan support & subcribe YouTube Channel Ida ye, banyak lagi resepi Ida akan share)
Cara Memasaknya:
Untuk lapisan bawah:
1. Panaskan kukusan terlebih dahulu.
2. Campurkan kesemua bahan kecuali ubi keledek rebus yang dipotong dadu.
3. Gaul hingga sebati. Adunan mestilah cair.
4. Kemudian tapis supaya tiada ketulan tepung.
5. Sesudah ditapis, barulah masukkan ubi keledek rebus tadi.
6. Kukus selama 20 minit.
...... sementara mengukus lapisan bawah, jom sediakan lapisan atas pula,
Untuk lapisan atas:
1. Lecek keledek terlebih dahulu jika belum dilecek.
2. Kemudian campurkan kesemua bahan lapisan atas. Gaul sehingga sebati. Jika nak lebih halus, boleh je gunakan mesin pengisar. Jadi tak adalah bintik-bintik kuning @ oren yang timbul macam saya buat. Sebenarnya itu adalah ubi keledek yang tak dapat dilecek dengan halus. Siap.
3. Ok calar-calarkan sedikit permukaan lapisan bawah barulah tuang lapisan atas ke permukaan lapisan bawah. Tujuan dicalarkan adalah supaya kedua-dua adunan melekat dengan baik.
4. Sambung kukus lagi selama lebih kurang 50 minit atau sehingga masak.
Selamat mencuba
#edakitchen #talamkeledek
0 Comments