Brownies Classic with Nutella |
Brownies antara resepi yang senang di buat, bahan yang digunakan pun simple sahaja tapi mahal sikit lah sebab kena guna Dark Chocolate yang bagus macam dalam resepi ni saya guna Dark Chocolate jenama Beryl dan topping hiasan guna Nutella. Sebenarnya hiasan toping boleh je guna chocolate spread jenama lain tapi Nutella ni sedap sikit sebab ada rasa hazelnut. Oklah tak nak cerita panjang-panjang jom kita tengok resepi di bawah.
Bahan-Bahan:
- 250 gm dark coklat coin
- 120 gm butter / marjerin
- 150 gm gula perang / gula biasa
- 3 biji telur gred A/B
- 1 sudu teh esen vanilla
- 100 gm tepung gandum
- 3 sudu makan serbuk koko
- 1 sudu teh baking powder
- ½ sudu teh garam
vLog Brownies Classic with Nutella (Tips enable Subtitle)
Cara Penyediaannya:
1. Mula-mula campur dark coklat dengan butter. Cairkan keduanya menggunakan kaedah double boiler. Sudah cair, ketepikan seketika.
2. Dalam bekas lain, campur telur dan gula perang. Gaul sehingga gula larut. Kemudian campurkan esen vanilla. Gaul untuk sekatakan vanilla tu.
3. Selepas itu, campurkan coklat tadi ke dalam adunan telur. Gaul sekata. adunan akan menjadi pekat atau likat. Itu normal jangan risau. Untuk Brownies saya gunakan hand whisk sahaja kerana adunan brownies tidak perlu dikacau terlalu lama, cukup sekadar apabila bahan sudah sebati
4. Kemudian ayakkan tepung, serbuk koko, garam dan serbuk penaik ke dalam adunan coklat. Gaul sekata dengan kaedah kaup balik sahaja menggunakan spatula.
5. Oleskan loyang menggunakan butter atau mentega. Kemudian lapikkan dengan kertas minyak. Saya gunakan loyang segiempat 8 inci.
6. Tuang adunan ke dalam loyang. Kemudian hentak-hentakkan sedikit untuk membuang gelembung udara didalam adunan.
7. Panaskan oven pada suhu 200°C selama lebih kurang 10 minit terlebih dahulu sebelum membakar kek. Kemudian turunkan suhu kepada 160°C dan bakar lagi selama 35 minit atau sehingga masak.
8. Tips untuk potong, setiap kali nak potong, Lap pisau dengan tisu dan celup sekejap kedalam air panas dan barulah potong. Fungsinya supaya potongan kek cantik.
9. Topping saya gunakan nutella. Masukkan dalam piping bag supaya senang nak lorek.
Selamat mencuba !!
#edakitchen #brownies #classic
0 Comments