Resipi Biskut | Crunchy Oatmeal Chocolate Chip | Cookies | Sukatan Cawan Dan Gram, mudah, simple, tanpa mixer, famos amos, chip coklat, biskut chipsmore,
 Crunchy Oatmeal Chocolate Chip

Dah lama teringin nak buat Biskut Cokelat Cips yang crispy rangup, ala-ala biskut famos amos atau macam biskut chips more gitu. Lama jugak search sana sini nak tau resepi yang simple nak buat.  Finally saya share disini satu resepi yang saya rasa memang simple nak buat tak perlu guna mixer dan acuan, malah tidak perlu menunggu lama untuk membakarnya.  Istimewanya resepi ni saya tambah Oatmeal yang ramai tahu memang baik untuk kesihatan.  Lebih istimewa lagi  apabila anak-anak sangat sukakannya.  

Resipi Biskut | Crunchy Oatmeal Chocolate Chip | Cookies | Sukatan Cawan Dan Gram, mudah, simple, tanpa mixer, famos amos, chip coklat, biskut chipsmore,
 Crunchy Oatmeal Chocolate Chip

Saya lapikkan talam pembakar dengan kertas minyak.  Tujuannya supaya talam pembakar tidak berminyak serta tiada sisa biskut yang melekat menyebabkan banyak crispy.  Tambahan pula kertas minyak tu boleh ulang pakai untuk beberapa kali membakar, so jimat.  Untuk memudahkan pembaca atau penggemar biskut Oatmeal Chocolate Chip, resepi ni saya sertakan dalam sukatan gram dan cawan.  Jadi apa tunggu lagi jom tengok resepinya dan cuba buat.

vLog Resipi Crunchy Oatmeal Chocolate Chip (tips Enable Subtitles)
(Pst, kawan-kawan support & subcribe YouTube Channel Ida ye, banyak lagi resepi Ida akan share)


Bahan-Bahan:
  • 1 buku / 250 gm butter
  • 2 cawan Chocolate Chip
  • 2 cawan instant oat 
  • 2 ½ cawan / 300 gm tepung gandum
  • ½ cawan tepung jagung
  • 1 1/4 cawan / 240 gm gula perang
  • 1/4 cawan / 6 sudu makan minyak jagung
  • 2 biji telur B
  • 1 sudu makan esen vanilla
  • 1 sudu teh baking soda
senarai bahan-bahan Resipi Biskut | Crunchy Oatmeal Chocolate Chip | Cookies | Sukatan Cawan Dan Gram, oatmeal, telur, minyak jagung, chip coklat, esen vanilla, tepung jagung, butter
Bahan-Bahan Crunchy Oatmeal Chocolate Chip


Cara Membuat Chocolate Chip Oatmeal:

1.  Sangai oatmeal sehingga agak kegaringan selama lebih kurang 5 minit.  

2.  Didalam bekas, campurkan butter, gula perang, telur dan esen vanilla.  Gaul sehingga semua bahan tadi larut.

3.  Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung dan baking soda yang diayak bersama.  Kemudian gaul sehingga sebati.  Nak lagi mudah, ayak dulu 3 bahan tadi dibekas lain dan kemudian baru campur ke dalam campuran butter dan gaul sebati.  

4.  Setelah itu masukkan minyak dan sambung gaul sebati lagi.  

5.  Campurkan chocolate chip, gaul kemudian baru masukkan oatmeal dan gaul lagi sehingga sekata campurannya.

6.  Tak perlu gunakan apa-apa acuan, hanya sudukan sedikit adunan ke atas talam pembakar.   Ianya akan turun dan leper dengan sendiri ketika dibakar.

7.   Panaskan dahulu oven pada 200°C selama 10 minit kemudian turunkan kepada 150°C dan boleh mula membakar.  Bakar selama lebih kurang 20 minit (bergantung pada oven, biasanya oven kecik cepat masak berbanding oven besar).  

Resipi Biskut | Crunchy Oatmeal Chocolate Chip | Cookies | Sukatan Cawan Dan Gram, mudah, simple, tanpa mixer, famos amos, chip coklat, biskut chipsmore,
   Crunchy Oatmeal Chocolate Chip

Selamat mencuba !!!

#edakitchen #oatmealchocolatechips #cookies