Alhamdulillah akhirnya 'release' jua post Masak Lemak Gulai Ikan Masin Nenas ni setelah hampir 2 bulan tiada entry baru. Tertunggak dek kerana kami terpaksa berpindah rumah tambahan pula kesibukkan dengan persiapan untuk anak-anak memulakan sesi persekolahan tahun 2021. Bila mengimbau balik tahun 2020, memang agak malang bagi penduduk dunia dengan pendemik virus covid 19 hampir ke semua sektor terjejas termasuklah sekolah. Kesian dengan anak-anak yang baru nak bersekolah seperti c bungsu ku Ash Farhana @ Hana. Harapan tahun 2021 ni akan bersinarlah, tapi nampak bayangnya seperti kes melonjak semula dan satu-persatu sekolah ditutup semula termasuklah sekolah anak saya.
Sebenarnya saya ni jarang nak beli ikan masin, Alhamdulillah ni sebenarnya ikan masin yang mak mentua saya kirim dari Labuan 👐. Alhamdulillah bersyukur sangat saya ada mak mentua yang baik, saban waktu dialah tempat saya mengadu jika ada masalah peribadi walaupun masalah tu berkaitan dengan anaknya iaitu suami saya 😂. Ha ha memang tak tau malu kan!! for me dia mak saya jua 😂😂 tambahan pula Allah sudah menjemput ke dua orang tua saya. Mudah-mudahan mak mentua saya terus dikurniakan rezeki yang luas iaitu kesihatan, kebahagiaan dan sebagainya...Aaminnn!!
Masak Lemak Ikan Masin Nenas |
Oklah kita sambung semula cerita Masak Lemak Gulai Ikan Masin Nenas ni ye. Resepi ni sangat sedap dan simple pula tu. Selalu je masak lemak, tapi masak lemak ikan masin ni first time tau. Entah dari mana cekau resepi ni, Alhamdulillah sedap walau pun tanpa tambahan apa-apa bahan perasa lain kerana rasa masin, manis dan masam yang ada pada ikan masin dan buah nenas itu sendiri sudah cukup memberikan rasa yang unik. So jom ikuti resepinya........
- Ikan masin
- Nenas
- 2 cawan santan
- 1 batang serai di ketuk
- 2 biji cili segar (merah dan hijau) dipotong serong
- 1 biji bawang merah
- 4 biji cili padi (merah dan hijau)
- Kunyit
0 Comments