Ikan Siakap atau Ikan Kakap putih ( Seabass @ barramundi ) sememangnya antara ikan yang digemari ramai terutamanya yang suka dangan makan laut @ Seafood. Antara masakan yang orang selalu buat adalah Masak 3 Rasa, Masam manis, dan tak lupa juga masak kukus. Berbanding dengan masakan-masakan lain, masak stim ni adalah yang sangat mudah penyediaannya.
Tambahan pula hidangan ini sangat sesuai bagi sesiapa yang nak menjaga kesihatan atau yang nak berdiet kerana ianya tak perlukan minyak, dah nama pun masak kukus kan atau biasa kita panggil stim 😂. Sesuai sangat untuk c bujang yang nak masak simple-simple je dan nak jimat minyak atau minyak dah tinggal sedikit kat dapur tu 😋, bolehlah cuba resepi ni sekali sekala.
Berbalik kepada cerita resepi, dalam hidangan ni saya tak letak garam atau gula putih. Kalau rasa masin tu kurang boleh tambah sos ikan kerana dalam resepi ni saya hanya gunakan sos ikan. Begitu juga dengan kemanisan dalam kuahnya. Boleh tambah gula merah didalam kuahnya.
Bahan-Bahan:
- 1 ekor ikan Siakap
- 1 kiub ayam
- 1 biji tomato
- 1 biji lemon
- 2 batang serai
- 2 inci halia
- 2 sudu makan sos ikan
- 3 ulas bawang putih
- 4 biji cili padi (campur merah dan hijau)
- 4 helai daun limau purut
- Seikat daun ketumber (agak-agak 3 pokok)
- Sedikit gula merah
- 1 Cawan air
vLog Cara Masak Stim Ikan Siakap Step by Step.
Cara-Cara Penyediaannya:
1. Siang ikan siakap, dengan cara memotong semua sirip dan juga tulang tajam yang terdapat dibahagian kulit luar ikan. Kemudian proses membuang sisiknya. belah perut ikan untuk mengeluarkan isi perut dan juga insangnya lalu dibersihkan. .....boleh rujuk video cara-cara lengkap menyiang ikan siakap.
2. Setelah itu kelar-kelar ikan siakap di kedua-dua belah ikan untuk memudahkan rasa meresap ke dalam isi ikan, supaya elok masaknya dan juga mudah untuk mengambil isi ikan ketika hendak memakannya.
3. Hiris serai dan halia. Kemudian masukkan sebahagian serai dan halia ke dalam perut ikan serta daun limau purut.
4. Panaskan kukusan sehingga mendidih, selepas itu masukkan ikan siakap tadi kedalam periuk kukusan. Kukus selama lebih kurang 10 minit.
------sementara proses mengukus ikan, jom kita sediakan kuah untuk ikan siakap stim tadi........
Cara-Cara Membuat Kuah Ikan Siakap Stim:
1. Masukkan 1 cawan air ke dalam periuk sambil panaskan.
2. Masukkan kiub ayam dan gula merah. Gaul sehingga larut dan mendidih.
3. Selepas itu masukkan bawang putih yang telah dicincang, serai dan halia yang telah dihiris awal tadi serta potongan cili padi merah dan hijau ke dalam periuk. Jangan lupa untuk kecilkan api.
4. Tambahkan 2 sudu sos ikan dan buah tomato yang telah dipotong kiub ke dalam periuk kuah tadi. Gaul sehingga sekata. Kemudian matikan api.
5. Selepas itu, masukkan batang ketumbar dan perahan jus lemon.
6. Tuangkan kuah ke atas ikan yang sedang dikukus tadi. Teruskan proses mengukus sehingga ikan cukup masak.
7. Sesudah masak, taburkan dengan hirisan daun ketumbar dan juga hirisan lemon. Siap untuk dihidang.
Selamat mencuba.
#edakitchen #ikansiakapmasakstim
0 Comments