Masakan Ayam Paprik yang simple, dan mudah disediakan
Ayam Masak Paprik

Untuk kali ni, saya nak share resepi Ayam Masak Paprik yang sangat sedap tanpa sos tiram.  Saya percaya macam husband saya ada yang alergic dengan sos tiram kan? so inilah resepi yang tepat untuk anda 😋.  Hakikatnya hidangan ayam paprik adalah salah satu hidangan yang selalu menjadi pilihan terutamanya jika makan di kedai-kedai makan ala Thai.  Keenakkan masakan yang berasal dari negara Thai ini yang dipenuh dengan aroma herba seperti serai dan daun limau purut kemudian ditambah lagi dengan rasa masam, manis dan rasa pedasnya membuatkan lagi nak bertambah-tambah nasi.  

Paprik Chicken a thai culinary and delicious menu
Ayam Masak Paprik

Dalam resepi ni saya menggunakan pes tomyam keluaran Nona for first time ok kerana biasanya saya menggunakan pes tomyam adabi dalam peket kecil.  So apa lagi jom tengok resepi yang saya masak ni kerana masak sendiri lebih menguntungkan dari segi kuantiti, nilai dan rasa 😅.... orang bilang titik peluh sendiri 😂.

Bahan-Bahan:
  • 2 keping bahagian dada ayam dipotong kecil
  • Beberapa helai daun limau purut
  • 1 batang serai diketuk
  • 4 biji cili api diketuk
  • 1 @ ½  labu bawang holland (bergantung kepada saiz)
  • 3 ulas bawang putih dicincang
  • 1 cm halia (hiris nipis)
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu makan pes tomyam
  • 2 sudu makan  sos ikan
  • 3 sudu makan sos cili 
  • 3 sudu makan  cili kisar
  • 4 sudu makan minyak masak
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula sebagai tambahan jika perlu
Bahan bahan untuk masak resepi ayam masak paprik ala thai

Sayur Tambahan:
  • Lobak
  • Kacang panjang
  • Bunga kobis (Cauliflower)
  • Jagung muda (Baby corn)
-- cara potong sayur terpulang pada cara masing-masing @ boleh rujuk video 😋😋.......

vLog resipi cara masak ayam paprik, jangan lupa subcribe 😊

Cara-Cara Memasaknya:

1.  Panaskan minyak.  Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.

2.  Kemudian masukkan serai dan cili kisar.  Tumis sehingga pecah minyak. 

3.  Seterusnya masukkan ayam.  Gaul sehingga separa masak.

4.  Selepas itu, masukkan sos cili, pes tomyam, kicap manis dan sos ikan.  Tambah 1 gelas air dan gaul sehingga sekata.

5.  Masukkan pula daun limau purut dan sayur-sayuran (lobak, kacang panjang, bunga kobis dan jagung muda).  Tambah secawan lagi air jika perlu atau nak kuah yang lebih.  Selepas itu, gaul sehingga sekata.

6.  Akhir sekali, masukkan cili api dan bawang holland.  Pastikan ayam telah masak ye.  Gaul lagi.

7.  Sebelum nak matikan api, rasa terlebih dahulu jika perlu tambah garam dan gula.

Selamat mencuba 😊😊😉