Kelupis biasa dimakan dengan bercicah atau berkuahkan kari daging, kari ayam, rendang daging, ataupun dimakan dengan serunding. Seperti mana lemang di Semenanjung Malaysia, kelupis di Sabah dan Labuan sering menjadi pilihan sebagai hidangan di hari perayaan seperti Hari Raya Aidil fitri dan Raya Korban Aidil Adha, malah turut menjadi menu hidangan pilihan di kenduri kendara seperti majlis perkahwinan. Sejak berkahwin dengan Husband yang berasal dari Labuan saya belajar dari mak mertua cara buat kelupis dan sejak itu saya selalu buat setiap kali hari raya untuk suami dan anak-anak walau kini sudah lama tinggal di semenanjung sebab ikut suami yang bertugas disini. Ok lah tak nak buang masa mari kita tengok resepi dan vLog video cara-cara buat Kelupis di bawah.
vLog cara-cara membuat kuih kelupis
Bahan-bahan:
- 1kg beras pulut
- 500 ml /1 kotak santan pekat
- 750 ml air
- 1 sudu teh gula
- 1 sudu teh garam
- Daun pandan
- Daun pisang
Cara-Cara Membuatnya:
1. Potong daun pisang lebih kurang selebar 10cm ~ 15cm. Kemudian lap dengan kain bersih. Selepas itu, layurkan daun pisang.
2. Kemudian cuci bersih pulut dan toskan.
3. Selepas itu masukkan air dalam kuali, diikuti dengan santan dan gaul rata.
4. Kemudian masukkan daun pandan, garam dan gula. Masak santan sehingga terbit sedikit minyak (pecah minyak). Sesekali kena gaul supaya tidak berkerak didasar kuali dan santan juga tidak melekat ditepi kuali.
5. Sesudah terbit minyak (kandungan air semakin sedikit), barulah masukkan pulut. Gaul tanpa henti supaya pulut tidak hangus didasar kuali. Pengawalan api amatlah penting (gunakan api yang sederhana).
6. Gaul pulut bersama santan sehingga sekata dan kelihatan agak kekeringan. Matikan api dan sejukkan seketika sebelum proses membungkusnya.
7. Proses membungkus pula, letakkan 3 ~ 4 sudu makan pulut ke atas daun pisang. Kemudian balut seperti balutan lepat pisang. Balut dengan kemas supaya tidak tertumpah atau terkeluar pulut ketika mengukusnya.
8. Setelah siap dibalut kesemuanya, kukus selama lebih kurang 1 jam. Pastikan air kukusan cukup banyak. Jika nak buat untuk frozen, tak perlu kukus sebaliknya selepas dibalut boleh terus masukkan kedalam bekas dan simpan didalam freezer sejuk beku.
Selamat mencuba,
0 Comments