Sebut je Nasi Goreng Ayam orang sebenarnya dah biasa dengar ya. Walau bagaimanapun ia taklah terikat sangat dengan bahan sampingannya, yang penting bahan utamanya ada 'Ayam' tu ha. Oleh itu, kali ini saya nak kongsikan bagaimana saya memasak nasi goreng ayam dicampur dengan sayur kacang botol yang husband tanam sendiri tau. Sedap, jimat dan mudah.....
Di sini juga saya ada sertakan #shorts video untuk masak nasi goreng ayam ni :-
Chicken Fried Rice With Winged Bean
Bahan-Bahan:
- 2 cawan nasi
- 1 biji telur
- 1 mangkuk isi ayam dipotong kiub
- 4 kacang botol dipotong kecil
- 1 biji bawang merah besar
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji cili api (merah dan hijau)
- 1 sudu teh serbuk perasa ayam
- 1 sudu kicap cair
- 2 sudu makan sos ikan
- Minyak untuk menggoreng
Cara Memasak:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga beraroma wangi.
2. Kemudian masukkan isi ayam, Gaul sehingga masak.
3. Selepas itu masukkan sayur kacang botol, telur dan cili api, Gaul sekejap sahaja jika nak kunyah kacang botol tu rangup dan segar.
4. Masukkan serbuk perasa ayam. kicap cair, sos ikan sebagai pengganti garam, jadi tak perlu tambah garam ye. Ataupun jika tak nak menggunakan sos ikan boleh je gunakan garam sebab kedua-duanya masin.
5. Akhir sekali masukkan nasi. Gaul sehingga garing menggunakan api besar sehingga terasa ringan bila digaul.....macam di restoran gitu.
Selamat mencuba.
0 Comments