Durian Crepe |
Alhamdulillah akhirnya untuk kali ini saya buat post iaitu bagaimana cara-cara membuat durian crepe yang sedap lagi berkrim setelah beberapa kali percubaan. Orang bilang "try and error" barulah beryakin untuk buat dan post 👍👍. Sebelum ni ya memang mengaku tiap kali nak makan mesti beli punya, tambah-tambah lagi tak ada masa yang banyak untuk buat. Oleh kerana musim durian murah, maka encik suami beli banyak, dan bila dah alang-alang banyak tu, buatlah durian crepe ni sehingga berjaya .... senyum sikit.... rupanya buat makanan yang orang bilang harga "kayangan" ni senang je pun. Cuma tidak dinafikan ianya agak mahal kerana menggunakan bahan-bahan mahal jualah seperti fresh cream dan harga durian memang mahal apalagi jika menggunakan durian yang memang mahal seperti musangking 😋. Oleh kerana sekarang ni musim pendemik, so durian pun jatuh harga..... itulah ceritanya kenapa terjadinya durian crepe hasil tangan saya 😁. Pendek ceritanya, lagi puas hati buat sendiri. Walau bagaimanapun seller durian crepe jangan susah hati kerana walau pun ramai yang pandai buat tapi ramai jua yang malas buat, tiada masa nak buat dan yang paling penting ramai peminat tegar durian crepe ni terdiri daripada golongan yang "ada-ada" tau so "kenapa bersusah payah nak buat kalau boleh beli je" ....bukan saya cakap tu dorang yang cakap 😀.
- 3/4 cawan susu
- 1 cawan isi durian tanpa biji
- 1 sudu makan gula atau bergantung kepada kemanisan durian
- 1 sudu makan tepung jagung
- 200ml non-dairy whip topping
- 100g Susu
- 100g Air
- 100g Santan
- 60g Tepung Gandum
- 60g Tepung ubi kayu
- 30g Tepung kastard
- 30g Tepung Jagung
- 30g Gula kastor
- 1 sudu teh vanila powder
- ½ sudu teh garam halus
- 2 biji telur gred c
- 30 gm minyak masak
- Pewarna kuning
1. Satukan bahan A . Kemudian blender dan tapis ke dalam mangkuk supaya tiada ketulan tepung yang tertinggal selepas diblender.
2. Panaskan kuali leper non-stick /tidak melekat dan sapu sedikit minyak.
3. Pastikan kuali tak terlalu panas, tuang satu senduk bancuhan tadi dan lenggang-lenggangkan kuali sampai dapat bentuk bulat. Lebihan tepung daripada hasil lenggangan tadi tuang semula ke dalam mangkuk adunan... boleh rujuk video.
4. Tak perlu terbalikkan, sebaliknya tunggu sehingga permukaan atas mengering dan sedikit menggelembung...tu tandanya sudah masak.
5. Bila sudah masak, tak perlu keluarkan dari kuali sebaliknya angkat kualinya dan terbalikkan ke atas piring yang digunakan untuk meletakkan kulit crepe yang sudah dimasak. Biarkan kulit crepe bertindih diantara satu sama lain kerana ia tidak akan melekat.
0 Comments