Durian Cream puff in the house.....
Ketika musim durian tiba, ramai orang akan menyimpan isi durian di dalam peti sejuk supaya tidak cepat rosak. Dengan tujuan menggunakannya untuk membuat memcuci mulut atau kuih pada hari yang lain. Begitu jua halnya dengan saya, sebab sebelum ni dah buat serawa durian, ais krim durian, cucur durian dan yang terbaru ialah durian crepe. Misi kali ni pula ialah antara resepi yang sangat popular dikala musim durian tiba iaitu durian cream puff.
200ml non-dairy whip topping
3/4 cawan susu
1 cawan isi durian tanpa biji
1 sudu makan gula atau bergantung kepada kemanisan durian
1 sudu makan tepung jagung
~ Langkah-langkah untuk membuat inti durian:
1. Pukul non-dairy whip topping sehingga pekat atau soft peak.
2. Masukkan isi durian dan susu ke dalam periuk. Gaul sekata.
3. Kemudian masukkan air tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.
4. Oleh kerana isi durian sudah cukup manis, jadi tambah sedikit gula sahaja. Masak sehingga likat dan nampak mendidih (meletup-letup/keluar gelembung udara). Selepas masak, sejukkan.
5. Campurkan 1 cawan whip cream dengan 1cawan inti durian. Gaul sekata kemudian masukkan ke dalam piping beg.
Bahan-Bahan Untuk Choux Pastry (puff):
Boleh menghasilkan lebih kurang 20 biji puff
1 cawan/250g air
100g mentega
1 sudu makan gula
1 sudu teh serbuk vanila
1 cawan/125g tepung gandum
3 biji telur saiz A
Cara-Cara Untuk Membuat Choux Pastri:
1. Masukkan air dan mentega kedalam periuk. Masak sehingga mentega cair dan mendidih. Tutup api.
2. Ketika masih panas masukkan tepung. Gaul sepantasnya sehingga sebati menjadi doh.
3. Selepas itu, biarkan doh menjadi sejuk seketika. Kemudian masukkan 3 biji telur, serbuk vanila dan sedikit gula. Pukul adunan sehingga ia menjadi sedikit lembut dan pekat.
4. Bila adunan kelihatan pekat dan licin, masukkan adunan kedalam piping bag lalu pipekan diatas loyang yang telah dilapik dengan kertas minyak. Bentuk tu sebenarnya bergantung kepada nozel yang anda gunakan.
5. Letak sedikit air diatas(bucu) adunan dan ratakan sedikit atasnya dengan menggunakan jari supaya kelihatan kemas dan tidak terlalu tajam.
6. Panaskan terlebih dahulu oven selama lebih kurang 10 ~ 15 minit kemudian bakar pada suhu 160c dalam anggaran masa 40 minit atau sehingga pastri menjadi keperangan dan kembang.
Cara-cara Untuk Membuat Cream Puff:

1. Potong sedikit bahagian tepi atas pastri menggunakan pisau. Kemudian paipkan inti ke dalam pastri hingga penuh.
2. Taburkan sedikit gula aising diatasnya. Siap untuk dihidang.
Selamat mencuba
0 Comments