homemade ice cream ice cream durian ice cream Ais krim durian popsicle stick Durian popsicle stick
Ais Krim Durian

Dengan keadaan cuaca yang panas mesti ais krim yang selalu terbayang depan mata kan.  Jadi alang-alang sudah ada durian yang banyak di rumah, saya buat jualah resepi ais krim durian ni dengan hanya menggunakan 4 bahan termasuk isi durian.  Ianya sangat mudah tanpa memerlukan mesin ais krim mahal untuk menikmati ais krim buatan sendiri.  Ini cara saya membuat ais krim dengan menggunakan bajet yang rendah.  Walau bagaimanapun, anda boleh juga membuat ais krim homemade dengan menggunakan whipping cream dicampur dengan sedikit susu pekat.  Dengan 2 bahan ni, ianya tak perlu menggunakan ovalette dan campur dengan perasa yang anda kehendaki.

Bahan-Bahan:

1 cawan isi durian
1 tin susu cair
3 sudu makan susu pekat
1 sudu makan penuh ovalette

vLog cara-cara buat Ice Cream Durian

Cara-Cara Membuatnya :

1.  Masukkan susu cair dan isi durian ke dalam mesin pengisar (blender).  Kisar selama lebih kurang 3 minit.

2.  Selepas itu tuangkan bahan kisar ke dalam mesin pengadun (mixer).  Tambahkan susu pekat dan ovalette.  Kacau sehingga semua bahan menjadi ringan dan gebu.  Kalau korang angkat gunakan sudu, adunan seolah-olah banyak berbuih.

3.  Boleh tuang terus ke dalam bekas (container) yang sesuai dan simpan didalam peti sejuk beku.  Atau masukkan ke dalam piping bag dan masukkan ke dalam  acuan yang bertangkai (popsicle mold).

4.  Kemudian simpan dalam peti sejuk dibahagian sejuk beku.  Simpan sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.

homemade ice cream ice cream durian ice cream Ais krim durian popsicle stick Durian popsicle stick
Ais Krim Durian

Selamat mencuba