Kailan Ikan Masin ( Gai Lan Salted Fish) |
Sayur Kailan ( Gai Lan) |
Nak dijadikan cerita Kailan yang saya masak kali ini sebenarnya hasil dari kebun belakang rumah yang kami tanam sendiri, itupun tanam sikit-sikit je alhamdulillah tanaman Kailan ni tak susah nak jaga cantik subur je yang penting guna tanah hitam dan bagi baja kompos. oklah tak nak cerita panjang-panjang disini saya bagi resepi cara masak Kailan Ikan Masin.
vLog cara-cara masak sayur Kailan Ikan Masin ( Gai Lan Salted Fish)
- 5 pokok sayur kailan (asingkan daun dan batang)
- 4 potong ikan masin (ditumbuk kasar)
- 3 biji cili api (hiris)
- 3 ulas bawang putih (cincang)
- ½ biji bawang holland (hiris kasar)
- 2 sudu makan air limau nipis
- 2 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan gula
- ½ sudu teh ajinomoto
- ½ cawan minyak masak
- ½ cawan air
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih bersama ikan masin sehingga kekuningan dan garing.
2. Kemudian masukkan bawang holland dan cili api. Tambah ½ cawan air. Gaul.
3. Masukkan batang kailan, gula, ajinomoto (jika suka), air limau nipis, sos tiram dan sos ikan. Gaul sekata....nak bagi batang kailan tu masak sikit.
4. Masukkan daun kailan. Gaul sekata. Selepas masukkan daun kailan tumis sekejap sahaja untuk kekalkan kerangupan dan kesegarannya.
.... ok sebelum nak tutup api, rasa terlebih dahulu jika perlu nak tambah garam atau bahan perasa yang lain.
Selamat mencuba 🌿🌿🌿
0 Comments