Kuih Apam Balik |
Kuih Apam Balik merupakan salah satu kuih yang boleh dikategorikan sebagai kuih banyak dijual di gerai tepi jalan, di bazar-bazar dan juga di pasar-pasar malam. Biasanya penjaja atau peniaga kuih ini akan memasak, memotong dan membungkus terus dihadapan pembeli maksudnya kita biasanya akan dapat kuih yang masih panas-panas, fresh baru dimasak setiap kali membeli kuih ini. Kuih Apam Balik turut dikenali dengan beberapa nama yang lain contohnya apom balik, dan kuih terang bulan. Kuih apam balik memang cukup dikenali di nusantara baik di Malaysia, Indonesia, Brunei mahupun Singapura. Kuih ini juga ada pelbagai versi yang sedikit berbeza cara penyediaanya dari satu tempat ke tempat yang lain, contohnya ada apam balik yang rangup dimakan dengan kata lain " crispy " dan ada yang dibuat lembut dan gebu.
Untuk resepi kali ini saya akan kongsikan cara buat kuih apam balik yang simple dan mudah, dimana cara saya buat boleh menghasilkan kuih apam balik yang naik dengan cantik dan gebu apabila dimakan. Secara asasnya untuk inti kuih apam balik kita perlukan kacang kisar, gula, dan bahan tambahan (optional) seperti jagung krim, serta butter atau marjerin. walaubagaimanapun dari segi inti boleh je kalau nak guna peanut butter atau coklat, macam anak saya ada yang suka peanut butter dan ada yang lebih suka coklat, malahan kalau ada yang nak tabur cheese pun tak salah jadilah dia Apam Balik Cheese 😋.
0 Comments