sotong masak kicap sangat senang simple dan sedap menyelerakan di  piring kaca atas tikar bamboo.

Kalau ada yang tertanya-tanya lagi " sotong masak apa sedap " disini saya nak share resepi sotong masak kicap, walaupun bukanlah sesuatu yang baru... "alah sotong masak kicap je"... itu orang cakap.  Tapi dalam resepi saya kali ini ada kelainan iaitu saya tambah dengan sos lada hitam yang akan membuat resepi ni bertambah sedap.  Jadi Kalau korang nak cari resepi sotong masak kicap yang mudah, tak banyak bahan dan menyelerakan, maka inilah resepi yang anda cari.  Dihidang bersama nasi panas-panas confirm bertambah-tambah nasi dibuatnya.  Korang kena cuba tau sebab jika tak cuba maka tak tahu....


Masak sotong ni taklah cerewet sangat cuma daripada pengalaman sendiri ada beberapa tips ketika memasak sotong ni iaitu:

~  Masak sotong tak perlu lama kerana jika masak lama akan menyebabkan isi sotong liat dan tidak sedap terutamanya jika sotong besar dan berisi tebal.

~  Tak perlu tambah air yang banyak kerana sotong akan mengeluarkan air sendiri ketika tempoh mereneh.  Jika nak kuah yang banyak boleh jer tambah air.  Macam dalam video saya tambah air sedikit je.

Bahan-Bahan :
  • 1/2 kg Sotong 
  • 1/2 biji bawang holland di hiris
  • 1 batang serai di ketuk
  • 2 biji cili segar dipotong serong
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan sos lada hitam
  • 1/2 sudu teh garam
  • Sedikit ajinomoto
  • Air
  • Minyak

Bahan kisar:
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 siung bawang merah
  • 1 inci halia
**bahan kisar ni tumbuk dengan lesung pun boleh

Bahan-Bahan Sotong Masak Kicap


Cara Membersihkan sotong:

~  Buang tulang lembut sotong dan potong.  Saiz potongan tu mengikut cita rasa masing-masing tak nak potong pun boleh je kalau saiz kecil.  Selepas itu cuci bersih tetapi jangan buang dakwat hitamnya tu.

vLog video cara masak sotong masak kicap

Jom Masak.......

1.  Panaskan minyak.  Kemudian tumis bahan kisar sehingga wangi.  

2.  Masukkan serai dan sotong.  Gaul sebati.

3.  Selepas itu masukkan bawang holland, cili segar, kicap manis, kicap pekat, sos lada hitam, garam dan ajinomoto.  Gaul.

4.  Masak sotong lebih kurang 5 minit.  Selepas itu tutup api dan boleh hidang.

Selamat mencuba...