Bahan-Bahan Popcorn:
🌽 1/2 cawan jagung popcorn
🌽 1 sudu makan salted butter
🌽 1/4 cawan minyak masak
Caramel Dalgona Candy:
🌽 1/2 cawan gula
🌽 1/4 cawan air
🌽 1 sudu makan salted butter
🌽 1/4 sudu teh soda bikarbonate
vLog cara buat dalgona candy flavour popcorn
Cara-Cara Membuatnya:
1. Panaskan 1/4 minyak masak bersama salted butter. Biarkan cair sendiri, gaul pun boleh. Setelah minyak panas, masukkan jagung 🌽. Gaul sehingga semua biji jagung disaluti minyak. Kemudian kecilkan api ke tahap yang terendah, tunggu 'pop' pertama dari biji jangung🌽, barulah tutup periuk.
2. Matikan/tutup api 🔥 setelah bunyi 'pop' sudah berhenti. Jangan lama kerana takut jagung 🌽 akan terhangus. Jika masih ada biji jagung 🌽 yang tidak sempat kembang atau 'pop' tak apa biarkan...kerana jika diteruskan, jagung 🌽 popcorn lain akan hangus.

......Sekarang sambung buat caramel dalgona pula. Guna kuali yang sama je...
Caramel Dalgona Candy:
1. Masukkan air dan gula ke dalam kuali. Biarkan gula larut. Boleh gaul sesekali.
2. Apabila gula sudah larut dan berbuih, gaul sehingga gula bertukar warna menjadi perang dan buihnya semakin hilang. Matikan api dan terus masukkan butter. Gaul sehingga butter cair kemudian masukkan soda bikarbonate. Gaul sekejap sehingga pekat barulah masukkan popcorn 🍿 tadi. Gaul sehingga sebati.
3. Masukkan ke dalam bekas dan biarkan sejuk barulah rangup dan sedap untuk dimakan.
Selamat mencuba
0 Comments