Kuih Kasturi atau turut dikenali dengan nama Kuih Rengas, dan Kuih Gayam. Selain itu banyak juga yang sebut sebagai kuih kacang hijau. Kuih ini merupakan salah satu kuih tradisional masyarakat Melayu yang dibuat berasaskan bahan kacang hijau dan disalut dengan tepung di bahagian luarnya. Kuih ini sangat sedap dihidangkan untuk minum petang.
Sebenarnya kalau untuk jualan, kuih ni antara kuih yang jimat kos atau untuk disediakan, ini kerana ianya dibuat menggunakan bahan yang sedikit, murah dan senang untuk didapati. Mungkin sebab itulah ia banyak dijual di gerai, pasar malam mahupun di warung-warung, kuih ini juga menjadi pilihan sebagai jualan peniaga-peniaga bazar Ramadhan dan turut diminati pengunjung bazar yang mencari juadah berbuka puasa. Kalau anda baru nak cuba belajar untuk buat kiuh ini bolehlah melihat resepi saya kongsikan ini.
vLog Resepi cara masak kuih Kasturi
Bahan-Bahan:
2 1/2 cawan / 500 gm kacang hijau
1 cawan gula (kalau nak manis atau kurang manis boleh ejas)
1 cawan kelapa parut
1/2 ~ 3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
Tepung Goreng Untuk Salutan Kuih Kasturi
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan air kapur
1 1/3 cawan air
Sedikit pewarna kuning
2 1/2 cawan / 500 gm kacang hijau
1 cawan gula (kalau nak manis atau kurang manis boleh ejas)
1 cawan kelapa parut
1/2 ~ 3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
Cara-Cara Membuatnya:
1. Cuci dan rendam kacang hijau selama lebih kurang 3 ~ 4 jam, terlajak ke 5 jam pun ok je. Jangan semalaman sudahlah kerana nanti ia akan berbau @ ia akan tumbuh tunas 😅. Melainkan jika nak berhajat nak tanam taugeh.
2. Setelah direndam, toskan kemudian masukkan kedalam periuk, isi air lebih kurang 5 cawan dan rebus sehingga lembut selama lebih kurang 20 minit ~ 30 minit. Air tu agak-agaklah cukup untuk merebus...jangan sampai terhangus kerana air kurang pula, jadi biar air lebih.
3. Jika kacang sudah empuk, kecilkan api tahap minimum. Kemudian masukkan gula. Kacang akan kelihatan cair dan lecek kerana gula cair. Terus gaul untuk seketika anggaran 2 ke 3 minit.
4. Selepas itu masukkan kelapa parut dan garam. Gaul sebati. Selepas itu barulah masukkan tepung gandum. Tepung gandum digunakan untuk memekatkan kacang supaya mudah untuk dibentuk. Tepung jangan banyak sangat nanti adunan keras dan kurang sedang. Gaul hingga adunan kacang agak kering. Matikan api dan sejukkan sebelum dibentuk.
Cara-Cara Membentuk Kuih Kasturi

Cara-Cara Membentuk Kuih Kasturi |
Untuk membentuk kuih kasturi, ada pelbagai cara dan kaedah yang boleh digunakan mengikut keselesaan dan kebiasaan masing-masing. Antaranya ada membentuknya menggunakan tepung atau minyak ditapak tangan, tapi bagi saya adalah lebih mudah dan nampak kemas jika menggunakan acuan.
Untuk kuih kasturi saya menggunakan penutup botol sos prego kerana bagi saya saiz dan ketebalannya sangat sesuai apalagi jika hendak digunakan untuk tujuan jualan. Penutup sos botol prego dilapis dengan plastik kemudian ambil sedikit adunan kacang dan letak diatas plastik, tekan-tekan untuk memadatkan dan meratakannya.
Tepung Goreng Untuk Salutan Kuih Kasturi
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan air kapur
1 1/3 cawan air
Sedikit pewarna kuning
Campur kesemua bahan bancuhan diatas tanpa ada ketulan tepung, tapis adunan jika perlu.
Celupkan kuih kasturi kedalam tepung dan masukkan kedalam minyak yang panas. Goreng sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
Dengan hanya menggunakan 1/2 kilo kacang, saya boleh menghasilkan lebih kurang 55 biji kuih kasturi. Memang sangat berbaloi untuk tujuan jualan.
Selamat mencuba

0 Comments