Ok untuk note, sebenarnya banyak nama orang panggil kacang botol ni terutamanya kalau di Sabah orang panggil sama ada kadang sirik atau kacang belimbing. Kalau buat carian di google antara lain nama kacang botol ni ialah Kacang Botor, Winged beans dan Angle beans. Apa pun kadang nama tu berbeza mengikut tempat, tak hairankan.
Sebelum tu tips kalau nak tumis kacang botol ni, seperti sayur lain iaitu jangan masak terlalu lama kerana kita nak kekalkan kerangupan dan kesegarannya ketika dimakan. Boleh krup-krup lagi tau. Oklah jom tengok resepi yang saya buat ni.
Bahan-Bahan:
- 15 pcs kacang botol
- 2 biji telur
- Garam
- Ajinomoto
- Lada sulah
- Minyak untuk menumis
- Air
Bahan Tumbuk:
- 2 biji bawang merah ros
- 2 ulas bawang putih
- 3 biji cili api
Cara Memasaknya:
1. Bersihkan kacang botol dan potong nipis...jangan nipis sangat pula.
2. Panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk. Tumis sehingga mengeluarkan aroma wangi dan sedikit garing.
3. Kemudian masukkan kacang batol. Tambahkan sedikit air supaya tidak kering dan hangus. Gaul seketika sehingga sebati,
4. Selepas itu pecahkan 2 biji telur ke atas sayur dan gaul sedikit. Tambahkan pula garam, ajinomoto dan lada sulah. Gaul sehingga sebati semuanya. Selepas itu matikan api. Siap untuk dihidang.
Selamat mencuba
0 Comments