Labu selain daripada dibuat kuih seperti kuih talam labu, dan juga bingka labu, labu juga biasa dijadikan sayur untuk makan tengah hari mahu pun makan malam.  Dalam resepi ni saya masak labu tumis bersama udang yang telah ditumbuk, oklah taknak cerita panjang panjang disini saya kongsikan resepinya.

Bahan-Bahan
  • 1/2 biji buah labu - kupas, buang kulit dan potong dadu.
  • 2 sudu makan lada kisar
  • 3 biji cili hijau
  • 3 sudu besar udang kering - rendam kemudian tumbuk
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula

Bahan-Bahan Kisar/tumbuk:
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Seketul kunyit segar
vLog cara masak sayur labu masak tumis dengan udang kering


Cara Memasaknya:

1. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar sehingga masak dan naik minyak.

2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak

3. Kemudian masukkan udang kering yang telah ditumbuk. Gaul seketika.

4. Masukkan sayur labu yang dipotong dadu tadi. Gaul sebati. Tambah sedikit air supaya tidak terlalu kering.

5. Masak sehingga labu agak lembut (boleh tutup jika nak cepat) barulah masukkan lada hijau, garam dan bahan perasa. Gaul sehingga sebati supaya tiadalah garam yang berketul. Dah masak.

Selamat mencuba