apam nasi gebu dengan salutan kelapa parut segar

Memang rugi kalau tak pandai buat apam nasi kerana nasi semalam yang tak habis selalunya hanya buat nasi goreng jelah jawabnya.  Tapi kalau nasi tu sudah ada tanda-tanda nak rosak sikit akhirnya hanya akan didalam tong sampah, sayang rasanya sedangkan kita masih boleh buat apam nasi yang sangat sedap dan gebu lagi tau.  Seperti yang saya cakap tadi kalau sudah ada tanda-tanda nak rosak tu kan, confirmlah tak boleh nak buat nasi goreng kan? so apa kata cuba buat apam nasi confirm habis. Caranya cuci nasi tu sekejap sehingga dah tak ada bau dan kemudian toskan.  Selepas itu, barulah sukat nak berapa cawan.  Atau sukat awal sebelum cuci pun boleh.  

Sebelum ni pun sudah beberapa kali buat dan  acapkali buat mesti
tak bersisa ðŸ˜… sebab anak-anak suka makan jadi di sini saya share resepinya;

vLog cara-cara buat Apam nasi gebu

Bahan-Bahan :

🥧 2 cawan Nasi (dicuci dan toskan)
🥧 2 1/2 cawan Air
🥧 1 cawan Gula
🥧 2 cawan Tepung Beras
🥧 2 cawan Tepung Gandum
🥧 1 sudu makan mauripan @ yis instant..
🥧 1 sudu makan baking powder (serbuk penaik)

Cara-caranya:

1. Blender dulu nasi dan gula dengan 1 cawan air.....so maknanya ada baki 1 1/2 cawan air lagi.

2.  Dibekas lain, campurkan tepung gandum, tepung beras, yis dan serbuk penaik.  Kemudian masukkan 1 1/2 air dan gaul sebati.

3.  Selepas itu, masukkan nasi yang telah diblender  ke dalam campuran tepung tadi.  Gaul hingga sebati atau lebih mudah gunakan mixer.

4. Kemudian peram 1 - 2 jam.  Jangan terlebih peram pula takut adunan jadi rosak dan berbau masam...kesan tindakbalas kimia dari yis.

5.  Selepas peram, gaul-gaul dulu adunan sambil bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian mengikut jumlah warna yang dikehendaki.

Apam nasi gebu

6.  Oleskan dahulu acuan sebelum memasukkan adunan kedalam acuan.  Masukkan 3/4 penuh adunan ke dalam acuan. 

7.  Panaskan kukusan 10 minit terlebih dahulu, lepas tu bolehlah kukus selama lebih kurang 10 minit.

Selamat mencuba