Siakap Goreng Masak Masam Pedas
Siakap Goreng Masak Masam Pedas


Assalamualaikum semua, hari ni saya share resepi ikan siakap goreng masak masam pedas.  Sebenarnya untuk ikan siakap masak masam pedas ni saya dah buat rakaman untuk content channel youtube 2 minggu lalu iaitu sebelum viral lagi.  Tapi tak sangka pula minggu ni viral gara-gara harga kayangan.  Actually saya taklah ambil port sangat kerana saya tak boleh decide cerita mana yang betul.  Apa pun kalau dah namanya melancong kan? mestilah makan kat restoran @ gerai @ warung @ hotel dan seumpamanya.  Tak kisahlah janji bertepatan dengan isi walet masing-masing.  

Siakap Goreng Masak Masam Pedas
Siakap Goreng Masak Masam Pedas

Oklah kita tinggalkan kisah viral ikan siakap tu, sekarang saya nak ketengahkan resepi siakap goreng masak masam pedas yang saya masak ni hah.  Harga taklah kayangan sangat, jadi yang mana tengah melancong tu dan teringan makan ikan siakap diharap simpan dulu niat tu, makanlah dulu apa yang bersesuain dengan kemampuan, lepas tu pulang daripada melancong jangan lupa beli bahan untuk masak ikan siakap di rumah.  Lagi jimat dan murah. 


Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ikan siakap (bersihkan)
  • 2 sudu makan sos cili
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu makan gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Minyak untuk menggoreng & menumis

Bahan kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih

Bahan hiris & potong
  • 1 biji bwng kuning/bawang holland  (potong dadu)
  • 1 biji cili merah   (potong serong)
  • 6 biji cili api (dipotong bulat)
  • 1 batang serai  (dihiris)

Cara-Caranya:

1.  Lumurkan ikan dengan garam & kunyit.

2.  Panaskan minyak lalu oreng ikan sehingga garing.
Setelah itu angkat & letak diatas pinggan & diketepikan.

Cara-Cara Membuat Sos Dengan Menggunakan Kuali Yang Sama

1.  Kurangkan minyak dan tinggalkan agak dalam 5 sudu besar minyak.

2.  Tumis bahan kisar dan cili giling.  Gaul sehingga garing & naik minyak.

3.  Kemudian masukkan bahan hiris & potong.
masukkan sos cili, air asam jawa, gula dan garam.  Gaul sehingga sebati, sos/kuah sudah mengeluarkan sedikit minyak.  Tutup api dan tuangkan kukah/sos ke atas ikan siakap goreng tadi.

Selamat mencuba