Oleh kerana kuih ni kurang dijumpai di Sabah, so permulaan melihatnya ada juga terfikir yang nampak macam hangus dibawahnya tu tak sedap, tetapi rupanya setelah membuatnya ternyata yang hangus tulah yang sedap kerana ada sedikit kerangupan dibawahnya dan lembut isinya.
Bahan untuk inti:
- 200gm daging kisar
- 2 sudu makan rempah kari daging
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang holland
- Garam
- Gula
- Minyak
- Air secukupnya
- Daun sup secukupnya dipotong kecil
- Lada merah secukupnya dipotong serong
Bahan untuk adunan tepung:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan air + 1/4 cawan air
- 1 kotak kecil santan kara
- 1 biji telur
- Pewarna kuning
- Sedikit garam
Jom sediakan inti dulu:
1. Kisar kasar atau tumbuk bawang putih dan bawang holland.
1. Kisar kasar atau tumbuk bawang putih dan bawang holland.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar, masukkan rempah kari dan sedikit air. Kemudian tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan daging kisar. Tambah sedikit air jika perlu dan masak hingga daging empuk.
4. Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga sebati dan kering. Setelah siap, angkat dan ketepikan dulu.
Sekarang sediakan adunan tepung:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mesin kisar. Kemudian sehingga tiada ketulan tepung.
Langkah-Langkah Untuk Membuat Kuih Cara Berlauk:
1. Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
1. Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
2. Tuang adunan 3/4 penuh sahaja. Tunggu masak sedikit dibahagian tepi barulah masukkan inti.
3. Masukkan satu sudu inti daging dan letakkan sepotong lada merah dan taburkan daun sup.
4. Tutup selama lebih kurang 5 minit atau sehingga kuih masak.Keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan.
0 Comments