Kuih wajik, kuih wajid, Bee koh cake, pulut kacau, pulut manis, dimasak bersama gula melaka, gula kabung, kuih tradisional di bulan Ramadhan juadah berbuka dibulan puasa, kuih-kuih melayu, Kuih wajit Sabah, Sabahan
Kuih Wajik

Ada orang memanggilnya wajik, wajit atau wajid dan ada juga yang memanggilnya pulut kacau. Walau apapun namanya ia adalah tetap kuih tradisional yang menjadi buruan terutamanya ketika waktu bulan puasa. Selain daripada dijadikan juadah berbuka puasa kuih wajid juga selalu dihidangkan di majlis-majlis kenduri dan biasa dimasak bergotong royong dalam kawah besar semasa kenduri. Walaupun kini kuih wajid banyak dijual online macam di facebook contohnya, tetapi kalau nak cari di kedai atau gerai-gerai susah juga nak jumpa.

Kuih wajik, kuih wajid, Bee koh cake, pulut kacau, pulut manis, dimasak bersama gula melaka, gula kabung, kuih tradisional di bulan Ramadhan juadah berbuka dibulan puasa, kuih-kuih melayu, Kuih wajit Sabah, Sabahan
Kuih Wajik

Saya pula memang sudah beberapa kali membuatnya, wajik yang saya buat sebelum ini sudah jadi sebenarnya tapi saya rasa masih tidak menepati citarasa untuk dikongsikan kepada orang lain. Lepas cuba kaji dan mencuba beberapa resepi wajik yang dikongsikan di internet, baru kali ni saya berpuas hati dengan hasilnya. Terutamanya bab warnanya dan tahap kemanisannya, memanglah pada hakikatnya kuih ni kurang sesuai bagi yang ada masalah kesihatan terutamanya kencing manis, tetapi resepi yang saya buat kali ini memang sudah saya kurangkan gulanya agar kurang manis, tapi kalau makan banyak takde bezanya kurang manis sekalipun ðŸ˜….


vLog Cara Masak Pulut Wajik / Kuih Wajik


Bahan-Bahan:
  • 1/2 kg beras pulut (2 1/2 cawan)
  • 100 gm gula putih ( 1/2 cawan) kalau nak manis boleh tambah.
  • 150 gm gula kabung ( 2 keping)
  • 200 ml @ 1 kotak kecil santan kara (pekat)
  • 200 ml @ 1 kotak kecil santan ayam brand (cair)
  • 1/2 st garam
  • 6 helai daun pandan
  • 1 cawan air (untuk memasak gula kabung)
  • Air secukupnya untuk mengukus nasi
Bahan-Bahan Kuih Wajik, gula kabung, gula melaka, daun pandan
Bahan-Bahan Kuih Wajik


Cara-Cara Memasaknya:

1.  Cuci dan rendam beras pulut selama lebih kurang 3 jam.  

2.  Panaskan air di dalam pengukus terlebih dahulu.

3.  Toskan beras pulut yang direndam dan masukkan ke dalam loyang bersama beberapa keratan daun pandan.

4.  Kukuskan sehingga masak selama lebih kurang 20 minit. 

5.  (Didalam periuk lain) Masakkan gula kabung sehingga cair.

6.  Tapis gula kabung yang dicairkan tadi ke dalam kuali.  Kemudian masukkan gula, garam, daun pandan yang telah diikat simpul dan juga santan.

7.  Gaul sehingga pekat dan likat (bertali) barulah masukkan nasi pulut.  Gaul sekata sehingga kering dan kuih wajik kelihatan sedikit berminyak.  

8.  Masukkan ke dalam loyang atau bekas yang sesuai.  Tekan-tekan sambil padankan dan ratakan.  Kemudian sejukkan barulah cantik jika nak potong.

Selamat mencuba.