Untuk menghasilkan kuih Cara Manis yang lemak dan wangi ni kenalah menggunakan santan dan daun pandan asli. Jika menggunakan santan kotak, guna 1 kotak kecil dan campur air, cukupkan 2 cawan dan hasilnya dapatlah anggaran 45 biji kuih cara. Jom tengok resepinya
Bahan-bahan untuk kuih cara:
- 1 cawan jus pandan
- 2 cawan tepung gandum
- 2 biji telur
- 2 cawan santan
- ½ sudu kecil garam
- Sedikit pewarna hijau
- Gula secukupnya untuk inti
1. Masukkan semua bahan ke dalam mesin kisar (blender) kecuali gula. Kisar sehingga tiada ketulan tepung. Biasanya jika menggunakan mesin kisar ni tak perlu tapis.
2. Panaskan acuan diatas dapur gas dengan kepanasan sederhana.
3. Oleskan acuan dengan sedikit mintak.
4. Bila sudah panas, tuangkan adunan kedalam acuan sehingga paras 3/4 penuh. Bila sudah kelihatan masak sedikit dibahagian tepi kuih, bolehlah bubuh sedikit gula sebagai inti.
5. Selepas itu, tutup acuan dan biarkan sehingga kuih masak dalam anggaran 5 minit. Sesudah masak boleh cungkil dengan menggunakan lidi atau apa-apa yang mengeluarkan kuih dari acuan..
Selamat mencuba.
0 Comments