Kuih Bingka Ubi Kayu, Bengkang Ubi Kayu yang telah dipotong potong
Kuih Bingka Ubi Kayu @ Bengkang Ubi Kayu

Selain dari nama Bingka Ubi Kayu, kuih ini juga dipanggil sebagai Bengkang Ubi Kayu merupakan kuih tradisional yang sentiasa menjadi pilihan ramai selain daripada kuih tradisional lain seperti kuih jala, kuih cara manis, kuih cara berlauk dan banyak lagi.... tak dapat nak list semua. 

Kuih Bingka Ubi Kayu atau turut dikenali Bengkang Ubi Kayu
Kuih Bingka Ubi Kayu @ Bengkang Ubi Kayu

Tanpa menggunakan banyak bahan menyebabkan kuih ni senang nak buat iaitu hanya menggunakan 5 bahan termasuk pewarna kuning.  Sungguhpun begitu pewarna kuning taklah wajib kerana ia digunakan hanyalah untuk menaikkan warna kuningnya supaya nampak cantik, taklah kuning pucat kan.  Dalam pada itu, walaupun ianya mudah tapi taklah semudah sangat kerana kerja keras untuk memarut ubi tu kena ada juga.  So hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. betul tak?  Jom ikuti resepi dan cara membuatnya.

vLog Cara Membuat Kuih Bingka Ubi Kayu @ Bengkang Ubi Kayu

Bahan-Bahan :
  • 2 kg ~ 3 kg ubi kayu
  • 1 cawan gula
  • 400 ml santan pekat / 2 kotak kecil santan kara
  • 1/2 sudu teh garam
  • Sedikit pewarna kuning
bahan-bahan Kuih Bingka Ubi Kayu @ Bengkang Ubi Kayu
Bahan-bahan Kuih Bingka Ubi Kayu @ Bengkang Ubi Kayu

Cara Penyediaannya :

1.   Kupas ubi kayu.  Hilangkan segala bintik-bintik hitam atau ubi yang rosak.  Kemudian cuci sehingga bersih.  Selepas itu parut. 

----- masa ni boleh panaskan oven  pada suhu 250 cc, panas atas bawah ........

2.  Setelah diparut. ia akan menghasilkan lebih kurang 4 cawan ubi kayu.  Gunakan kesemuanya.  Tanpa perah airnya.

3.  Campurkan gula, garam, santan dan pewarna kuning.  Gaul sehingga sebati.

4.  Masukkan ke dalam loyang bersaiz 8 x 8 inch. Loyang tu oleskan dengan sedikit mentega sebelum dicurah adunan ubi kayu. 

5.  Turunkan suhu oven kepada 200 cc, kemudian bakar selama lebih kurang 1 jam atau lebih.  Bergantung kepada kondisi oven masing-masing.  Kekadang ada yang bakar tak sampai 1 jam ye.  So sentiasa jagalah. 

6.  Apabila sudah masak, tetapi atas kuih masin tidak gelap keperangan, bakar selama lebih kurang 5 minit lagi dengan api atas sahaja.

7.  Sesudah masak dan atasnya sudah keperangan, keluarkan dari oven dan oleskan dengan mentega bahagian permukaan atas kuih dan bolehlah sejukkan.  Setelah sejuk barulah cantik bila nak potong.

Kuih Bingka Ubi Kayu atau Bengkang Ubi Kayu yang telah siap dimasak
Kuih Bingka Ubi Kayu @ Bengkang Ubi Kayu

Selamat mencuba...