Ketam Masak Lemak Cili Api
Ketam Masak Lemak Cili Api

Ketam ni antara menu yang agak jarang kami nak masak memandangkan harga ketam yang agak mahal di Selangor ni, Tapi kalau di Sabah atau Labuan selalu jugak kami masak sebab harga pun lebih murah. Bukan setakat harga murah je tapi kami juga selalu piknik bersama keluarga dan biasanya akan pasang pukat di pantai semasa piknik jadi bila dapat ketam kami akan rebus fresh dengan air laut je itulah kenangan dengan family dulu. Nak dijadikan cerita oleh sebab harga mahal takkan nak masak rebus saja kan, so untuk kali ini saya nak share resepi Ketam suri @ ketam bunga masak lemak chili api.

vLog Resepi Ketam Suri @ Ketam Bunga Masak Lemak Cili Api


Bahan-Bahan:
  • 6 ekor ketam 
  • 1 batang serai, diketuk
  • 1 helai daun kunyit, dikerat
  • 2 biji cili merah
  • 2 cawan santan 
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula

Bahan untuk kisar halus:
  • 5 biji cili api
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 ketul halia
  • 1 ketul kunyit
  • 1 ketul lengkuas 
Bahan-bahan Ketam Masak Lemak Cili Api
Bahan-bahan Ketam Masak Lemak Cili Api

Cara Penyediaan:

1.  Bersihkan ketam, leraikan bahagian kaki yang bersepit. 

2.  Sediakan bahan untuk dikisar.

3.  Masukkan bahan kisar ke dalam kuali, masak seketika.  Kemudian masukkan serai, garam dan gula.  Gaul sebati.

4.  Kemudian masukkan 2 cawan santan dan ketam.  Gaul seketika. 
Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, cili merah dan daun kunyit.  Gaul.

5.  Masak sehingga mendidih dan ketam sudah betul-betul masak.  Boleh tutup seketika untuk mempercepatkan masaknya, tetapi kena berhati-hati jangan sampai santannya mendidih dan berketul.  

Selamat mencuba !!!