eda kitchen, ida nursuri, eda nursuri, donat gebu, resepi donat,
Donat

Donut atau biasa orang panggil donat adalah antara kuih yang sangat dikenali dikebanyakkan negara. Cuma mungkin ada pelbagai versi atau olahan donat yang orang buat.

Bagi saya pula, membuat donat ni sudah menjadi rutin. Sangat gembira apabila anak saya yang autism sangat menggemari donat ni. Sangat susah mencari makanan yang dia nak makan. Sehingga sekarang dia tak makan ikan dan ayam. Alhamdulillah dia makan nasi dan telur goreng walaupun pada mulanya dia hanya makan roti.

Untuk mendapatkan donut yang gebu, lembut dan tidak serap minyak adalah bergantung kepada jumlah air dan nisbah kuantiti bahan serta yang penting teknik ulian yang betul. Doh mesti dikembangkan 2 kali, ulian pertama kena uli sehingga doh menjadi elastik barulah dikembangkan.  Manakala ulian ke 2 pula, kena buang angin yang terperangkap didalah doh ketika proses pengembangan barulah dibentuk.  Tujuannya adalah tiada rongga angin terbentuk setelah donat siap digoreng.  



Bahan-Bahan:
  • 4 cawan tepung gandum
  • 3 sudu makan margerin
  • 2 sudu makan gula
  • 2 sudu makan serbuk susu fullcream
  • 1 sudu makan serbuk penaik
  • 1 sudu makan yis
  • 1 biji telur
  • 1 cawam air suam
  • 1/2 sudu teh garam
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
  • Gula halus sebagai salutan donut
eda kitchen, ida nursuri, eda nursuri, donat gebu, resepi donat,
Bahan-Bahan Kuih Donat


Cara-Cara Membuatnya:

1. Gunakan 1/3 air suam, kemudian campur dengan gula dan yis. Kembangkan yis lebih kurang 5 minit.

2. Sementara tu didalam bekas lain, satukan tepung gandum, susu serbuk, serbuk penaik dan garam. Gaul sekata.

3. Setelah itu, campurkan yis yang telah kembang dan telur ke dalam campuran tepung. Gaul sehingga sekata. Campurkan baki air yang digunakan untuk mengembangkan yis tadi sedikit demi sedikit sambil menguli tepung. Adunan akan sedikit melekit. Uli sehingga tidak melekat ditangan.

4. Selepas itu masukkan margerin, uli sehingga doh tidak melekat ditangan dan elastik. Sesudah itu, kembangkan doh selama lebih kurang 1 jam atau kembang 2 kali ganda.

5. Selepas kembang, uli doh semula iaitu untuk mengeluarkan angain yang terperangkap ketika proses pengembangan. Kemudian bentukkan doh menjadi donat atau lebih mudah canai dan tekap menggunakan acuan donut. Selepas itu kembangkan sekali lagi selama lebih kurang 15 minit.

6. Setelah minyak panas, goreng donut sehingga kuning keemasan. Gunakan suhu atau api yang sederhana. Setelah donut sejuk barulah salut dengan gula halus.


Selamat mencuba