Ikan Selar Masak Asam Pedas, cara masak ikan selar asam pedas, resepi ikan selar kuning,  ikan selar kuning, ikan selar papan, ikan selar masak asam pedas, eda kitchen, ida nursuri, eda nursuri
Ikan Selar Masak Asam Pedas

Pernah tak cuba masak Resepi Asam pedas Ikan Selar di rumah? Jika tidak pernah, mungkin boleh cuba buat resepi ni. Bila buat sendiri ni, korang boleh kawal penggunaan bahan pengawet dan juga MSG. Barulah boleh makan tanpa rasa ragu. Bahan Asam pedas Ikan Selar yang digunakan pun sangatlah mudah dan ringkas. Selain ikan selar ni, biasanya Pari Masak Asam Pedas pun sangat sedap tau. Jadi, selamat mencuba!

Bahan-bahan:
  • 4 ekor ikan selar
  • 15 biji kacang bendi
  • 1 ikat daun kesum
  • 1 batang bunga kantan
  • 1 biji tomato 
  • 2 biji cili api
  • 4 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 1/2 sudu makan garam
  • 1 sudu teh ajinomoto
  • 1/3 minyak masak
  • Air secukupnya

Bahan tumbuk/kisar:
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit
  • 1 inci halia
Senarai Bahan Ikan Selar Masak Asam Pedas, cara masak ikan selar masak asam pedas, menggunakan daun kesum, kacang bendi, eda kitchen, ida nursuri, eda nursuri
Senarai Bahan Ikan Selar Masak Asam Pedas


Cara-Cara Memasaknya:

1.  Panaskan minyak.  Masukkan bahan tumbuk.  Tumis sehingga sedikit garing.  Kemudian masukkan cili kisar.  Gaul sehingga pecah minyak.

2.  Tambahkan 1 cawan air, gaul hingga mendidih kemudian masukkan ikan.  

3.  Kemudian masukkan daun kesum, kacang bendi, cili api, tomato dan bunga kantan.  Gaul.  Tambah air jika nak kuah lebih.

4.  Selepas itu masukkan pula garam, ajinomoto dan pes asam jawa.  Saya gunakan pes asam jawa adabi.  Bahan-bahan perasa ni sebenarnya boleh letak awal iaitu sebelum nak masukkan ikan supaya senang nak gaul.  Tapi saya dah terbiasa letak bahan-bahan perasa ni diakhir masakan.

5.  Tutup dan renehkan lebih kurang 5 minit.  Sudah tu boleh hidangkan panas-panas bersama nasi putih.

vLog Ikan Selar Masak Asam Pedas

Selamat mencuba 😋😋😋